EkonomiNasional
Trending

Aeon Big Kota Kemuning, Kota Kinabalu ditutup sementara, kakitangan positif Covid-19

KAKITANGAN di pasar raya besar Aeon Big di Bukit Rimau, Kota Kemuning, Selangor dan Kota Kinabalu, Sabah disahkan positif Koronavirus (Covid-19).

Perkara itu disahkan pihak pengurusan Aeon Credit Service (M) Berhad (Aeon Credit) menerusi satu kenyataan dalam Facebooknya hari ini.

Susulan makluman tersebut, pihak syarikat berkenaan betindak menutup sementara kedua-dua premis pasar raya besar tersebut untuk tujuan kerja pembersihan dan sanitasi.

Bagaimanapun tidak dimaklumkan tempoh penutupan pasar raya berkenaan.

Menurut Aeon Credit, kakitangan tersebut dikesan positif wabak pandemik selepas syarikat tersebut melaksanakan ujian saringan kepada semua kakitangan barisan hadapannya di seluruh negara.

Bagaimanapun, kakitangan terbabit kini sedang menjalani rawatan di hospital.

Oleh demikian, Aeon Credit menasihatkan kakitangan yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit terbabit dinasihatkan menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari.

“Keselamatan dan kesejahteraan pekerja menjadi keutamaan kami, dengan ini cawangan tersebut kini ditutup untuk kerja pembersihan dan pembasmian kuman yang berkuat kuasa hari ini dan akan ditutup sehingga diberitahu kelak.

“Kami akan terus mematuhi prosedur keselamatan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

https://www.facebook.com/AEONCredit/posts/3469889853078539

“Kami minta maaf kepada semua pelanggan atas kejadian yang tidak dijangka ini yang dapat menyebabkan beberapa kesulitan,” katanya.

Terdahulu beberapa premis sekitar Selangor termasuk One Utama di Damansara; Sunway Pyramid, Subang dan Central Walk i-City, Shah Alam ditutup sementara ekoran terdapat kakitangan yang positif Covid-19.

Bagaimanapun, langkah sewajarnya telah diambil termasuk melakukan proses pembersihan dan sanitasi di setiap premis terjejas. – SM

(Visited 1,449 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button