Nasionalpilihan

Keputusan Pas kekal bersama PN sudah dijangkakan – Ismail Sabri

UMNO sudah menjangkakan Pas akan membuat keputusan memilih untuk kekal bersama Perikatan Nasional (PN) menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak lama lagi.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, keputusan itu memang sudah dijangka lebih awal walaupun Pas sudah diberi peluang beberapa kali untuk bersama UMNO namun kekal dengan pendiriannya untuk bersama PN, sekali gus menolak kerjasama politik menerusi Muafakat Nasional (MN).

“Kita menghormati keputusan PAS walaupun pada peringkat awal parti itu bersama dengan UMNO dalam MN yang memperlihatkan hampir semua orang Melayu dan Islam teruja dengan apa kita lakukan.

“Kita sudah jangka lebih awal berhubung keputusan itu ekoran beberapa kenyataan yang dibuat kepimpinan PAS, kita sudah agak perkara itu berlaku (tetapi) kita sentiasa terbuka ketika itu untuk berbincang dengan pucuk kepimpinan parti itu.

“Tetapi semalam Pas beri kata putus untuk kekal bersama PN menghadapi PRU15.

“Sebab itu dari awal Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi buat kenyataan bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) sedia gerak solo dan kita dah sebut berulang kali,” katanya selepas merasmikan Loji Rawatan Air Kompak Chinchin, Jasin, Melaka di sini hari ini.

Mengulas lanjut Ismail Sabri yang juga Perdana Menteri berkata, pucuk kepemimpinan BN sudah banyak kali menyatakan akan bergerak secara solo pada PRU15, sekali gus menterjemahkan kesediaan parti untuk berbuat demikian.

“Kita pun dah sebut beberapa kali (bergerak solo) bermakna kita bersedia. Kita jangka ‘yes or no’ daripada awal. Kalau yes, ada tindakan kita, kalau no, kita pun sudah bersedia dengan pelan kita untuk memastikan kemenangan BN dalam PRU yang akan datang,” katanya.

MN yang piagamnya ditandatangani pada 14 September 2019 kini boleh dianggap berkubur apabila Pas semalam memuktamadkan untuk bersama Bersatu dalam PN bagi menghadapi PRU15.

Keputusan Pas itu sekali gus melanggar syarat yang ditetapkan oleh UMNO, iaitu parti tersebut perlu meninggalkan Bersatu jika mereka mahu kekal bekerjasama dalam MN.

Dalam pada itu, mengulas keputusan enam negeri di bawah pentadbiran PN dan Pakatan Harapan (PH) yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN), Perdana Menteri berkata, pada awalnya beliau langsung tidak menjangka bahawa Pas bakal senada dengan PH untuk tidak membubarkan DUN Terengganu, Kelantan dan Kedah.

Beliau berkata, tindakan itu sebenarnya hanya merugikan negara kerana perlu menanggung kos pilihan raya lebih besar, selain memaksa rakyat keluar mengundi sebanyak dua kali.

(Visited 261 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button