Alam SekitarNasionalPencemaran

Kualiti air Pulau Perhentian antara yang terbaik

PERAIRAN di sekitar Pulau Perhentian, Terengganu adalah antara yang terbaik di Malaysia, kata pegawai alam sekitar susulan dakwaan wujudnya pencemaran sisa kumbahan minggu lepas.

Dalam e-mel kepada FMT, Jabatan Alam Sekitar (JAS) berkata, ujian pada 2020 melaporkan kualiti “cemerlang” – pada 96 daripada 100 mata – di tiga tapak di pulau itu, termasuk satu di tepi pantai di mana pencemaran sisa kumbahan didakwa berlaku.

Sebuah pusat peranginan dilaporkan mengepam apa yang kelihatan seperti sisa kumbahan mentah ke salah sebuah pantai di Pulau Perhentian Kecil di mana sekumpulan pengunjung mendakwa mengalami cirit-birit selepas berenang di situ.

JAS berkata, sampel air diambil enam kali setahun dan kualiti air di Perhentian tidak pernah didapati tercemar.

Jabatan itu tidak menyatakan sama ada pemeriksaan baru-baru ini menunjukkan keputusan sama tetapi berkata, ujian sedang dijalankan. – SM


(Visited 28 times, 2 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button