Ekonomi

Orang Malaysia Memang Hawau, Kena Gurau Kasar Pun Makin Berderet Restoran 35?

Pekerja Restoran 35 di Banda Hilir memohon maaf kepada pelanggannya kerana gagal mengawal emosi sehingga mencetuskan kontroversi baru-baru ini.

Nor Abdilla Baharom, 39, yang juga anak ketiga kepada pemilik restoran asam pedas itu mengakui apa yang berlaku secara spontan dan menjadi kebiasaannya ketika menguruskan kedai milik keluarganya itu.

“Bagi pihak kedai, saya minta maaf kerana waktu itu pun saya teremosi, naik angin dan meninggikan sikit suara kepada pelanggan kerana kadang-kadang ada juga kesilapan dari pihak pelanggan.

“Tapi sejujurnya, bukanlah niat saya untuk sengaja bersikap marah-marah. Mungkin kita akan betulkan kesilapan itu di lain masa,” katanya ketika ditemui.

Restoran asam pedas, Restoran 35 di Banda Hilir yang tidak putus-putus menerima kunjungan pelanggan termasuk pelancong dari luar negeri sehingga ada yang sanggup beratur untuk menunggu giliran meja di premis terbabit kosong.

Mengulas lanjut Nor Abdilla berkata, dia berharap isu terbabit selesai dan menyerahkan sepenuhnya kepada orang ramai untuk memilih restoran asam pedas mana yang menepati citarasa mereka di Melaka.

“Mana-mana (pelanggan) yang rasa tak sesuai dengan layanan saya itu, terpulanglah pada hak pelanggan masing-masing.

“Tapi bagi pelanggan biasa yang tahu (perkhidmatan) kami, mereka tahu orang Melaka cakap memang kasar-kasar dan kuat tapi tak semua percakapan orang Melaka itu berbentuk makian,” katanya.

Sementara itu, tinjauan media di restoran asam pedas berkenaan mendapati, ia tidak putus-putus menerima kunjungan pelanggan termasuk pelancong dari luar negeri sehingga ada yang sanggup beratur untuk menunggu giliran meja di premis terbabit kosong.

(Visited 842 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button