Hiburan

Fazura tidak pernah cari pasal, orang luar sengaja api-apikan – Neelofa

Usahawan juga selebriti terkenal, Noor Neelofa, 34, menyifatkan sudah tiba masa untuk titik noktah ‘diletakkan’ pada konflik hubungan dingin berpanjangan membabitkannya dengan pelakon, Fazura.

Neelofa ditemui berkata, dia sedia berdamai dengan aktres popular itu berikutan sudah penat melalui konflik hubungan dingin berpanjangan yang difahamkan berlaku kira-kira 13 tahun lalu.

“Saya rasa kita kena letak titik noktah pada benda ini yang perlu dihentikan kerana sudah terlalu lama peminat masing-masing sering berbalah.

“Bila saya fikir balik, dah berbelas tahun perkara ini berlaku. Takkan saya nak tunggu berpuluh tahun baru nak lakukan sesuatu.

“Jika saya diberikan peluang dan ruang untuk berdamai dan meletakkan segalanya di belakang, saya akan sambut dengan baik. Saya rasa Fazura pun akan buat benda yang sama,” katanya kepada Harian Metro pada majlis pelancaran air minuman Moma x Neelofa di sebuah hotel di ibu kota.

Menurut pelakon drama Suri Hati Mr Pilot itu, kedua mereka pun kini sudah berkeluarga dan mempunyai anak serta masing-masing boleh teruskan hidup.

“Jika kedua-dua belah pihak boleh lakukan perkara ini (berdamai), saya rasa ia akan memberi kesan baik kepada peminat masing-masing. Tiada lagi pihak yang akan mengapi-apikan.

“Dua-dua pun nak teruskan hidup, nak buat bisnes dan sebagainya. Kalau asyik diapi-apikan lagi , saya pun dah tak larat nak lalui.

“Kami sebenarnya tiada apa-apa. Saya nampak dia pun tak ada cari pasal atau cakap apa-apa pasal saya. Yang lebih-lebih adalah orang luar yang tak ada kaitan dengan hidup kami,” katanya.

Apabila ditanya sama ada dia terbuka untuk bersemuka dengan Fazura, bekas pengacara MeleTop itu berkata, dia tidak menolak untuk bertemu empat mata dengan pelakon berkenaan sekiranya diberikan peluang.

“I would love to meet her (Saya senang bertemu dengannya)”, katanya.

Difahamkan konflik kedua-dua selebriti wanita terkenal tanah air ini dikatakan mula tercetus ketika pembabitan awal Neelofa dalam industri.

Baru-baru ini, seorang individu dipercayai peminat tegar Neelofa didakwa menyindir Fazura dengan mengaitkannya membuka tudung dan berhibur di kelab malam di Indonesia.

(Visited 80 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button