Hiburan

Usaha Riena Diana sebarkan aura positif jadi tumpuan netizen

PELAKON, Riena Diana tular di laman sosial selepas sesi perkongsian hidup yang disiarkan secara langsung di akaun Instagram miliknya mendapat perhatian netizen.

Menerusi sesi siaran langsung yang diadakan setiap minggu itu, Riena cuba untuk membawa individu berbeza bagi berkongsi kisah kehidupan mereka.

Malah, siaran pertama Riea bersama dengan pengasas produk kesihatan C-Mary, Siti Mariam yang juga seorang individu kelainan upaya (OKU) membuatkan pelakon itu sebak.

Menurut pelakon drama Kampung People ini, dia akui secara tiba-tiba menjadi sebak kerana kisah tersebut telah menyentuh hatinya.

“Kita sama-sama berkongsi rezeki, yang mana saya boleh tolong, saya akan cuba tolong mereka.

“Orang yang nampak kecil ini, mereka sebenarnya kuat semangat. Apa yang Kak Siti kongsikan menyentuh perasaan kita. Bila dengar pun, automatik kita akan rasa ‘Ya Allah bersyukurnya apa yang aku ada sekarang.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

“Contohnya macam saya sendiri. Beberapa hari lepas menangis kerana risau dengan kehidupan serta terpaksa bekerja keras. Tetapi apa-apa pun sebenarnya ada orang lain lagi yang lebih susah daripada kita.

“Jangan sesekali mengeluh kerana mereka lebih susah daripada kita sebagai contoh kisah Kak Siti tetapi dia tetap kuat” katanya.

Tambah Riena lagi, melihatkan ramai orang di luar sana mengalami kesempitan hidup dan bersusah payah mencari rezeki,membuatkan dia terinspirasi untuk mengadakan segmen tersebut pada setiap minggu.

Bukan hanya membantu mereka, malah secara tidak langsung akan memberi kesedaran buat dirinya yang kini sedang mengusahakan perniagaan laksa secara kecil-kecilan.

“Terima kasih kepada Kak Siti kerana sudi berkongsi mengenai kehidupannya . Kita sama-sama tolong tanpa mengira siapa pun kita. Macam saya, mungkin pengikut saya ramai dan itulah rezeki saya. Saya cuba kongsikan segala apa yang boleh.

“Semoga perkongsian ini dapat memberi kesedaran dan semangat buat semua orang terutama
mereka yang menjalankan perniagaan,” katanya.

Dalam pada itu, Siti Mariam berkata yang perkongsian pengalaman hidupnya buat pertama kali membuatkan dia berasa terharu kerana diberi peluang untuk bersiaran langsung bersama Riena.

Enggan menjaja kisah pahitnya terdahulu untuk meraih simpati, sebaliknya bagi ibu kepada dua
cahaya mata ini dia ingin menunjukkan bahawa OKU sepertinya juga mampu berjaya tanpa perlu berputus asa.

“Saya sebenarnya merupakan pemegang kad OKU kerana insiden tergelincir pada Januari 2012 sewaktu pulang dari bekerja membuatkan saya tidak mampu berjalan seperti biasa.

“Ketika itulah, bermula titik hitam dalam kehidupan saya apabila doktor mengesahkan urat kaki saya putus.

“Saya sendiri tidak menyangka akan diuji sedemikian. Bayangkanlah kesan daripada insiden itu dan saya tidak mampu berjalan seperti biasa,” katanya.

Namun, perkara itu tidak menghalang Siti Mariam untuk bangkit dan kembali berjaya menerusi perniagaan yang dilakukannya sekarang. -SM

(Visited 635 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button