Pena Cikgu Kamarul

Manikam Mahdzir

1. Ketika dunia dalam berantakan, kita menyaksikan ethnic cleansing (pembunuhan etnik) dan ketika politik Malaysia dalam kecelaruan, kita terkejut dengan usaha sesetengah pihak untuk melaksanakan leaders cleansing atau pembunuhan pemimpin (yang terpilih).

2. Saya amat tidak bersetuju apabila ada pihak mengatakan bahawa UMNO dalam ketandusan pemimpin. Walhal UMNOlah satu-satunya parti yang mempunyai ramai Barisan pemimpin yang boleh diketengahkan. UMNO Beruntung kerana mempunyai pengalaman sebagai kerajaan selama puluhan tahun.

3. Semasa saya di United Kingdom, pernah ketika berdiskusi politik, seorang aktivis Bosnia mengatakan kepada saya bahawa ‘jika hendak mencari seorang pemimpin politik, janganlah mencari ketika partinya sedang dalam kekuatan tetapi carilah ketika parti politiknya itu sedang berada dalam kekalutan. Di situlah kamu akan temui pemimpin sejati.’

4. Baru sekarang saya memahami apa yang cuba disampaikan olehnya. Saya pasti pada saat ini ahli-ahli serta orang-orang Melayu yang neutral cukup bimbang dengan apa yang sedang berlaku dalam UMNO apabila para pemimpinnya membuat kenyataan persis mereka tidak sekata dalam isu-isu tertentu. Ini membimbangkan kerana walaupun UMNO mengamalkan kebebasan bersuara dalam kalangan para pemimpin dan ahli-ahlinya, ramai yang akan membuat tafsirkan sendiri.

5. Setiap kali tercetus sesuatu isu yang boleh membinasakan, muncullah Naib Presidennya Dato’ Seri Mahdzir Khalid dengan teguran lembut dan kenyataan untuk mengalih perhatian bagi meredakan keadaan. Mahdzir adalah seorang pemimpin yang tidak mudah menunjukkan emosi dan tindak tanduknya sangat disenangi. Mahdzir seperti penawar di saat-saat memerlukan.

6. Terbaharu ketika ramai ahli menjadi marah dengan beberapa pemimpin yang dituduh tidak setia, Naib Presiden UMNO itu, mengingatkan bahawa persepsi masyarakat terhadap para pemimpin UMNO perlu diperbaiki terutamanya ketika kita menghampiri PRU15. Ini merupakan kenyataan yang menepati sasaran. Ia perlu dipandang serius terutamanya kerana bukan saja ia meredakan keadaan untuk mematikan perbalahan remeh sesama pemimpin tetapi menggerakkan jentera parti kepada peperangan hidup atau mati.

7. Mahdzir memberi isyarat bahawa jika masalah persepsi terhadap para pemimpin UMNO tidak diselesaikan dengan segera, ia mampu membawa mimpi buruk kepada UMNO. Mahdzir menganggap bahawa walaupun rakyat sedia maklum bahawa UMNO mempunyai track record pentadbiran dan pembangunan yang cemerlang, namun persepsi terhadap para pemimpin
UMNO perlu terus diperkukuhkan demi memperolehi keyakinan rakyat.

Dalam perlumbaan nama nama besar, pemimpin sebenar jarang ingin menunjuk taring.
Mahdzir Khalid kini manikam(permata) buat UMNO.

(Visited 817 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button