Nasional

Pegawai kanan Imigresen patah jari ketika cuba tangkap PATI larikan diri

SEORANG pegawai kanan Imigresen patah tangan selepas seorang lelaki warga asing telah bertindak di luar kawalan dan agresif untuk melarikan diri dalam serbuan di dua buah restoran hari ini.

Bagaimanapun, lelaki itu akhirnya berjaya ditahan dengan tindakan pantas beberapa pegawai Imigresen lain.

Menerusi sebuan tersebut, sebanyak 29 orang warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia Putrajaya dalam serbuan di dua buah restoran terkenal di Kampung Abu Bakar Baginda, Kajang dan Presint 11, Putrajaya.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Indera Khairul Dzaime Daud berkata, kedua-dua restoran itu diserbu dalam Ops Selera kerana disyaki menggajikan warga asing tanpa pas yang sah sebagai pekerja.

“Dalam serbuan ke atas kedua-dua premis ini, seramai 31 orang telah diperiksa dan hasilnya seramai 29 orang warga asing telah ditahan.

“Warga asing yang ditahan terdiri daripada 1 lelaki warga Myanmar, 10 lelaki dan 11 perempuan warga Indonesia serta 7 lelaki warga India.

“Selain daripada itu, tiga lelaki warga tempatan turut dikenakan notis untuk hadir memberi keterangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, siasatan dijalankan dibawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM), Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Tambahnya, semua majikan diingatkan mendapatkan pas yang sah dan mematuhi syarat-syarat bagi pengambilan pekerja asing. -SM

(Visited 298 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button