Hiburan

Safiey Illias dedah umur 17 tahun sudah operate semua, kecuali bawah

USAHAWAN dan penyanyi kontroversi, Safiey Illias mendedahkan dai sudah melakukan pembedahan kosmetik sejak berusia 17 tahun.

Katanya, pada masa itu dia sudah melakukan pelbagai pembedahan kosmetik kecuali tukar jantina dan pembedahan tengkorak.

Pemilik nama sebenar Mohd Saifuddin Illias itu berkata, selepas dia menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semua sudah lengkap.

“Ratu dari umur 17 tahun ratu sudah operate semua, kecuali bawah dan tengkorak. Potong rahang semua tak ada. Hidung, dahi, lesung pipit, kecilkan bibir, dagu, buat payu dara dan sedut lemak.

“Masa umur 17 tak potong lagi (bawah) tapi datang SPM semua dah settle, lengkap dah. Gigi pun dah,” katanya seperti yang dipetik dari video yang tular di media sosial.

Video tersebut mendapat kecaman daripada netizen dan ada yang menganggap rupanya sama seperti watak animasi Jimmy Neutron.

(Visited 514 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button