fbpx
BeritaPolitik

Di mana orang UMNO? Ketika Zahid pemimpin mereka berjuang di mahkamah!

SESEKALI Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menoleh ke belakang dari kandang tertuduh.

Pasti beliau lega melihat kelibat rakan-rakan dan para penyokong beliau memenuhi bahagian tempat duduk ahli keluarga dan galeri awam.

Setiap kali beliau menoleh ke belakang perasaan saya bercampur baur. Beberapa hari sebelumnya saya melihat beliau berucap di hadapan ribuan ahli ketika perhimpuna agung UMNO yang berlangsung di PWTC. Kini beliau di dalam kandang tertuduh.

Bagaimanapun saya lega kerana beliau dibela oleh pasukan peguam yang cekap. Tetapi saya bimbang apabila melihatkan laporan media yang langsung tidak memihak kepada beliau.

Laporan yang dihidang memang berusaha untuk menampakkan Ahmad Zahid sebagai pemimpin yang kejam, zalim, rasuah dan tidak prihatin dengan nasib masyarakat.


Fakta kes mahkamah sengaja dipetik separuh dan diputar belit untuk menonjolkan kejelekan Ahmad Zahid. Jika berdasarkan laporan media tanpa kita hadir di mahkamah memang saya sendiri bertanggapan beliau seorang pemimpin yang jahat tetapi memakai topeng seorang pemimpin alim.

Oleh itu saya sarankan orang UMNO khususnya datanglah ke mahkamah pada setiap kali perbicaraan supaya mereka mendengar sendiri dan tidak hanya membaca daripada arus media perdana yang berkelakuan sangat aneh pada masa ini.

Jika orang UMNO hanya bergantung kepada fakta yang ditonjolkan oleh media arus perdana, mereka pastinya tidak mampu untuk bercerita dan memberi gambar yang sebenarnya kepada pengikut keseluruhannya.

 

Show More

Related Articles

Back to top button