Nasional

Tidak Mahu menanggung ‘biawak hidup’- Zahid Hamidi

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan anak syarikat di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan ditutup atau ditukar kerana katanya tidak mahu menanggung  ‘biawak hidup’.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata beliau telah mengarahkan semua pengerusi agensi di bawah KKDW untuk memantau prestasi entity masing-masing.

“Sila tukar syarikat yang tidak mempunyai keuntungan dan elok cari jalan untuk sumbang keuntungan itu kepada agensi atau badan induk KKDW. Jika tidak, arahan saya – tutup.

Ini sangat penting supaya kita tidak tanggung biawak hidup dalam organisasi kita,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun 2024 KKDW di sini hari ini.

Beliau berkata beberapa anak syarikat di bawah KKDW telah ditutup tahun lepas kerana tidak meniana dan keuntungan senarainya akan diumumkan di Parlimen nanti.

“Telah ada yang ditutup, kami juga tawar ‘management buy out’ kepada pihak pengurusan syarikat berkenaan. Kita serahkan kepada mereka dengan bayaran nominal bagi mereka meneruskan iika ia keluar dari badan induk (KKDW),” katanya dalam sidang media selepas majlis itu.

Ahmad Zahid berkata tindakan menukar dan menutup anak syarikat tidak menjana keuntungan adalah acuan baharu dan ia telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya Perdana Menteri juga telah mengarahkan anak syarikat di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan melaksanakan pendekatan sama seperti dibuat di KKDW.

Artikle Berkaitan :>

Memimpin generasi madani – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

(Visited 99 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button