Nasional

Memimpin generasi madani – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Pengajaran dari ayat ke-30 dalam Surah Al-Baqarah mentaklifkan manusia sebagai khalifah di muka bumi.

Hal ini menekankan bahawa setiap daripada punyai tanggungjawab untuk memimpin dengan menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran, menjunjung keadilan, dan menjaga keseimbangan serta keharmonian.

Kita harus menyedari bahawa kita semua memikul amanah kepemimpinan di pelbagai bidang, sama ada sebagai pemimpin negara, negeri, atau di peringkat yang lebih kecil; sebagai ibu bapa, guru, pekerja atau dalam apa juga peranan dan posisi, kita semua adalah pemimpin.

Dan dalam perjalanan kita untuk membina Malaysia Madani, kita semua perlu bersama-sama membimbing generasi muda dan membangunkan masyarakat Malaysia yang adil, harmoni, dan berperadaban tinggi.

Penting bagi kita untuk mendidik generasi Madani dengan menyuntik nilai-nilai kesatuan, perpaduan dan saling menghormati dalam menghargai kepelbagaian, menekankan kepentingan nilai-nilai spiritual, akhlak yang luhur, dan etika yang mulia.

Kita juga harus berusaha untuk mengurangkan kesenjangan sosial dengan memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukan, dan memupuk kesedaran dalam kalangan generasi muda agar mereka turut terlibat dalam proses pembangunan negara.

Di pagi yang mulia ini, saya berharap agar kita semua menghulurkan tangan sama membantu kerajaan mencapai agenda Madani.

Sebagai pemimpin dalam keluarga, marilah didik anak-anak dengan ajaran Islam. Sebagai pemimpin di tempat kerja, laksanakan tanggungjawab dengan telus dan etika yang tinggi.

Sebagai pemimpin dalam masyarakat, mari kembangkan perpaduan dan kesatuan dengan semangat saling membantu.

Benar, memimpin bukanlah perkara yang mudah. Cabarannya besar dan ujian-ujiannya hebat. Terkadang kita perlu membuat keputusan sulit yang mungkin tidak disukai dan digemari oleh banyak pihak, dan kita mungkin terdedah kepada kritikan dan tekanan dari pelbagai arah.

Namun, kita harus memiliki keyakinan yang teguh. Apabila kita telah membuat keputusan, kita bertawakkallah kepada Allah SWT.

Lakukan tugas dengan ikhlas dan penuh kesabaran, dan berdoa agar Allah memberikan pertolongan-Nya.

Semoga Allah memberikan kita kekuatan untuk menjadi pemimpin yang cemerlang dan diberkati dalam menjalankan tanggungjawab kita.

Selamat Hari Jumaat.

(Visited 83 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button