NasionalNegeri

Insiden bot pelancong bertembung bot nelayan di muara Sungai Besut

Seorang mangsa masih dirawat di HSNZ Terengganu

INSIDEN bot bertembung. Hanya seorang mangsa insiden pelanggaran bot pelancong dengan sebuah bot nelayan masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, Terengganu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr. Kasemani Embong berkata, individu tersebut bagaimanapun menunjukkan perkembangan kesihatan yang semakin baik, boleh bernafas sendiri dengan bantuan mesin oksigen dan kini ditempatkan di wad biasa.

Beliau berkata, enam lagi mangsa (pesakit) dibenarkan pulang ke rumah setelah pihak hospital berpuas hati dengan tahap kesihatan mereka.

“Empat orang dibenarkan keluar dari wad HSNZ semalam dan dua orang lagi pada hari ini.

“Semua mereka akan menjalani pemeriksaan susulan di klinik kesihatan berdekatan sekiranya perlu untuk memastikan kesihatan yang optimum,” katanya hari ini.

Pada petang Isnin lalu, sebuah bot pelancong berlanggar dengan sebuah bot nelayan di muara Sungai Besut berhampiran Jeti Pelancongan Kuala Besut.

Akibat pelanggaran itu, 29 penumpang, dua kru bot pelancong serta tiga nelayan jatuh ke dalam air.

Namun mereka berjaya diselamatkan oleh anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta orang awam.

Semua penumpang yang cedera dalam kejadian itu menerima rawatan awal di Klinik Kesihatan Kuala Besut dan Hospital Besut manakala tujuh lagi dihantar ke HSNZ untuk rawatan lanjut. – SM

 

(Visited 233 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button