fbpx
Nasional

Pekerja asing jalani ujian saringan Covid-19 bermula 1 Disember

PEKERJA asing di seluruh negara perlu menjalani ujian saringan Covid-19 menggunakan RTK Antigen bermula 1 Disember depan.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, untuk peringkat awal program ini akan ditumpukan di Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sabah dan Labuan.

“Beberapa kaedah pelaksanaan ujian telah ditetapkan iaitu majikan mengatur temujanji dengan fasiliti
kesihatan swasta bagi ujian COVID-19 kaedah RTK Antigen

“Fasiliti kesihatan swasta menjalankan ujian mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam sidang akhbar harian hari ini.

Menurutnya, kos perkhidmatan klinik/hospital perlu dibayar oleh majikan manakala kos kit ujian (RM60) ditanggung Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk kali pertama sahaja.


Jelasnya, Kementerian Sumber Manusia juga telah mula melaksanakan penguatkuasaan ke atas perumahan serta penempatan pekerja warga asing di bawah Akta Standard Minimum Perumahan dan
Kemudahan Pekerja 1990 Akta (Akta 446)..

Tambahnya, beberapa buah kilang di beberapa buah negeri telah dikenakan tindakan kerana tidak mematuhi standard yang ditetapkan di bawah Akta 446. -SM

(Visited 50 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button