Politik

Amanah akan ikut Tun M?

Tidak mustahil untuk parti AMANAH ‘berkawan’ semula dengan Tun Dr Mahathir Mohamad kerana AMANAH kini sudah ‘peluk Arab’ dengan pemimpin-pemimpin kleptokrats UMNO yang kami perangi dari tahun 2014 sehingga 2018 secara habis-habisan.

Dalam PH dulu AMANAH gelar Zahid Hamidi dan pemimpin-pemimpin UMNO sebagai kleptokrats tetapi kini sudah lain pulak jadinya.

Siapa boleh sangka pemimpin-pemimpin AMANAH boleh ‘tidur sebantal dan mimpi sama’ dengan pemimpin-pemimpin kleptokrats UMNO.

Malahan, pemimpin-pemimpin AMANAH sanggup tunduk dan memperhambakan diri pada pemimpin-pemimpin korup UMNO kini.

Keseluruhan pemimpin-pemimpin AMANAH sekarang sudah mengikhtiraf pemimpin korup serta kleptokrats UMNO sebagai ‘boss’ mereka kerana Penyangak Zahid Hamidi adalah Timbalan Perdana Menteri Malaysia masakini.

Tidak perlulah mana-mana pemimpin-pemimpin AMANAH menyindir Tun Dr Mahathir Mohamad atau Tuan Guru Tan Sri Hj Hadi Awang lagi kerana pendirian dan prinsip perjuangan AMANAH sudah mengalir ke longkang demi untuk berpaut pada jawatan-jawatan kerajaan.

Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tuan Guru Tan Sri Hj Hadi Awang sedang menyatupadukan orang-orang melayu serta keseluruhan ummah di tanahair kita.

Ini berteraskan kepada ajaran agama Islam yang tulen untuk perpaduan ummah.

Dalam masa yang sama walaupun Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tuan Guru Tan Sri Hj Hadi Awang menganjurkan penyatuan ummah; kedua tokoh pemimpin ini juga mendidik kami semua untuk amalkan semangat kasih sayang antara kaum-kaum, menghormati semua fahaman agama-agama lain, akur pada hak-hak kaum lain seterusnya mengujudkan sebuah negara yang harmonis lagi sejahtera.

Proklamasi Orang Melayu juga tidak pernah membuat perancangan dan melibatkan diri untuk menjatuhkan kerajaan ‘Madani’ walaupun ini adalah sebuah kerajaan yang sepatutnya dinyahkan.

Gerakan Proklamasi Orang Melayu bukan gabungan serta pertubuhan politik tetapi ia digerakkan atas prinsip ‘non partisan’ bagi memertabatkan semula kedudukan orang-orang melayu di tempat yang sewajarnya.

Perjuangan ini atas dasar semangat melayu yang ikhlas untuk memperbetulkan semula hala tuju masa depan orang-orang melayu agar terus menjadi bangsa yang progresif dan kekal relevan hingga ke akhir zaman.

Tokoh-tokoh pemimpin seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Tuan Guru Haji Hadi Awang serta semua yang terlibat hanya mahukan kebangkitan semula bangsa melayu agar terus dihormati bukan saja dalam negara tetapi di seluruh dunia.

Maruah bangsa melayu pada hari ini tercemar teruk kerana dibelenggu dengan amalan korupsi khususnya pemimpin-pemimpin kleptokrats melayu yang sedang menjadi rakan pakatan dalam kerajaan PH.

Yang menyedihkan lagi kini kita mempunyai seorang Perdana Menteri ala ‘samseng jalanan’ yang setiap hari hanya tumpu untuk menyerang serta memfitnah Tun Dr Mahathir Mohamad saja tetapi tidak boleh bekerja.

Anwar Ibrahim tiada mutu kepimpinan, tidak berdaya saing, tiada misi dan misi yang jelas untuk membangunkan semula negara ini serta matlamat utama beliau hanyalah untuk memfitnah seterusnya melaksanakan ‘character assassination’ terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ini saja yang Anwar Ibrahim mampu pamerkan setakat ini kepada keseluruhan rakyat Malaysia demi bagi mengalih pandangan terhadap ketidak-mampuan beliau mentadbir negara.

Sebagai fakta yang nyata Anwar Ibrahim tidak mampu untuk memimpin bangsa mahupun negara kerana pada hakikatnya beliau hanyalah seorang ‘reformis jalanan ala samseng’ yang membuatkan keseluruhan rakyat semakin hari semakin ‘mual’ dengan caranya memimpin negara.

Lagi lama Anwar Ibrahim berpaut pada kerajaan serta kuasa maka semakin parah lah kerosakan yang bakal berlaku pada negara kita ini.

Pada hemat peribadi saya kerajaan PH yang bersekongkol dengan puak kleptokrats UMNO sedang menemui jalan buntu dan insya-Allah mereka tidak akan mampu untuk bertahan lama. Ameen.

Yang Ikhlas,
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Sekretariat Proklamasi Orang Melayu
10 Mei 2023

(Visited 518 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button