fbpx
Politik

Pakatan Nasional: Satira politik picisan murahan tiada nilai

BERIKUTAN tular teori penubuhan kerajaan baru melalui satu nama dibawah Pakatan Nasional di merata media sosial (Medsos) iaitu gabungan baru menjangkau Muafakat Nasional.

Ketua Penerangan Pergerakan Wira Putra Malaysia, Meor Mohd Hilmi Meor Zainun berkata, sebahagiab ahli politik kelihatan tidak senang duduk apabila fenomena Pakatan Nasional yang sedikit sebanyak memberi tekanan dan semakin hari semakin nyaring laungannya.
.
Berikut adalah kenyataan penuh beliau:

Wira Putra sentiasa dibelakang dan menyokong sebarang usaha untuk membenteras kegiatan politik yang tidak sihat dan tidak berkualiti baik dari Kerajaan PH atau mana-mana komponen pembangkang.
.
berhentilah berpolitikus dan memainkan isu kaum seolah-olah bumiputera ini sangat primitif, jangan lupakan asal usul bertapak di bumi yang bertuah ini. Rakyat memberi mandat dan harapan yang tinggi menggunung, seluas lautan dan setebal hutan untuk melihat kamu yang dipilih rakyat untuk memacu negara maju kehadapan.
.
Kekecewaan rakyat semakin hari semakin tampak dan jelas, jadi tidak hairanlah jika Pakatan Nasional ini disambut baik malah Wira PUTRA menyeru menjadikan ia satu yang nyata. Bangsa yang berjaya adalah bangsa yang mempunyai jati diri yang waja dan berani mengubah sesuatu bayangan itu menjadi realiti.
.
Dulu sering kedengaran demi rakyat dan kepada rakyat,namun bunyi tersebut semakin hari semakin malap dan pudar. Yang semakin galak dan rancak pula adalah wayang pacak satira politikus seperti pecah panggung sehinggakan yang terus menjadi mangsa adalah rakyat.
.
Peranan pembangkang bukan dalam lingkungan sekadar “check and balance” kepada Kerajaan di dalam dewan malah peranan pembangkang adalah lebih dari lingkungan itu, seperti memberikan perhatian terhadap isu rakyat yag kritikal.
.
Berjuanglah untuk rakyat sebaiknya.Berkhidmatlah kepada rakyat seagresif yang mungkin. Kembalikan semangat perjuangan dalam membela rakyat dan menjaga kepentingan negara yang seharusnya disemat rapi didalam benak hati sebagai agenda no.1.
.
Bukannya bersatira politik murahan picisan dan mempamerkan bakat memanjat tembok bila rakyat hadir berdepan. Ketepikan ideologi kedudukan,pangkat,kuasa dan habuan politik masing-maasing. Jika itu matlamatnya, jangan tanya kenapa rakyat menajdikan kita sebagai ilham jenaka di kaca televisyen. – SM

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button
error: Isi kandungan ini di lindungi dari Copy & Paste !!