Nasional

Kita bukan negara ketiga, menteri seolah-olah “above the law” – Annuar Musa

Calah dari segi ‘DEKORUM’ bagi seorang menteri untuk berbalah dengan penjawat awam

KUALA LUMPUR: Tan Sri Annuar Musa menasihatkan para menteri supaya tidak bersikap sombong dan angkuh dalam melaksanakan tugas masing-masing.

Presiden Muafakat Nasional (MN)  itu berkata, tindakan sedemikian akan memberi imej yang buruk kepada kerajaan.

Beliau merujuk dua insiden yang melibatkan menteri di dalam siaran langsung di media sosial Tiktok dan perbalahan antara seorang menteri dengan pegawai Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Tegas Annuar, adalah salah dari segi ‘DEKORUM’ bagi seorang menteri untuk berbalah dengan penjawat awam yang sedang menjalan tugas mereka.

“Adalah salah dari segi ‘DEKORUM’ bagi seorang menteri untuk berbalah dengan penjawat awam yang sedang menjalan tugas mereka.

“Tindakan seperti ini memperlihatkan sikap sombong dan angkuh menteri terbabit dan memberikan imej yang tidak baik kepada jemaah menteri dan kerajaan.” kata Annuar dalam kenyataan media Muafakat Nasional, pada Selasa.

Kata Annuar lagi, ugutan yang dilakukan oleh seorang menteri di dalam siaran langsung di media sosialnya cuba menyekat hak bersuara, malah satu bentuk salah guna kuasa berunsur ” draconian” sedangkan proses pelaksanaan undang-undang dan penguatkuasaanya mempuyai tatacara tertentu, bukan dengan cara sembrono mengikut selera menteri.

Dalam insiden kedua, menurut laporan sebuah portal jelas Annuar lagi, seorang menteri cuba melepaskan kemasukan seorang penumpang dari China yang dihalang oleh Imigresen KLIA. Malah dilaporkan ini merupakan insiden kali ketiga melibatkan menteri tersebut. Menteri itu dilaporkan mengugut untuk menurunkan pangkat kakitangan Imigresen terbabit dan menuduh pegawai tersebut terlibat dengan perbuatan rasuah.

“Dari segi etika, ama tidak kena bagi seorang menteri untuk melayan penjawat awam sedemikian rupa.

“Apa lagi jika pegawai itu bukan di bawah portfolio kementeriannya. Sekiranya ada perkara yang mengakibatkan rasa tidak puas hati menteri tersebut, dia seharusnya merujuk rakan sejawat yang bertanggungjawab dalam portfolio tersebut terlebih dahulu. Lazimnya perkara seperti ini dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri.” ujar Annuar.

Tambah Annuar lagi, negara ini dibina atas “Prinsip Absolute Power”.

Anggota pentadbiran adalah pembuat dasar, manakala pegawai perkhidmatan awam adalah pelaksana dasar.

“Kita bukan negara ketiga yang para menteri seolah-olah “above the law” atau di mana kata-kata menteri adalah undang-undang,

“Negara ada aturan dan prosedur menjaga pengasingan dan pembahagian kuasa yang tertib bagi mejaga kepentingan rakyat dan negara,

“Janganlah menteri bersikap sombong, apa lagi sewenang-wenangnya dan sembrono membuat tuduhan terhadap penjawat awam,

“Tatakelakuan penjawat ada proses dan peraturan yang tertentu dan elakkan tindakan mengaibkan pegawai dengan tuduhan tanpa siasatan menurut peraturan’. jelas Annuar lagi.

Dalam pada itu, ujar Annuar lagi, istilah MADANI tidak bermakna jika pentadbiran berunsurkan kesombongan, gila kuasa serta tindakan politik yang dilihat seolah-olah tidak ada ‘wisdom’ dam tidak bersifat ‘civil’.

(Visited 242 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button