Politik

Majlis Aidilfitri Muafakat Nasional Pada 20 Mei 2023 – Annuar Musa

PADA hujung minggu ini, badan bukan Kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN) tidak melepaskan peluang untuk tampil menganjurkan Majlis Aidilfitri MN.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, Majlis Aidilfitri MN memberi fokus kepada semangat cintakan penyatuan bersesuaian dengan mesej Love, Unity, Respect.

“Mesej Love, Unity, Respect menjadi sandaran MN yang sentiasa menyebarkannya dalam kalangan rakyat melalui kasih sayang serta rasa hormat menghormati.

“Majlis Aidilfitri pada tarikh berkenaan akan dilaksanakan di Podium Parking, Ground Floor Plaza Damas 3 dan majlis bermula dari pukul 11 pagi sehingga 2.30 petang,” katanya.

Dalam kesempatan itu, Annuar turut mengajak ahli-ahli MN seluruh negara kerana mereka bukan sahaja nadi NGO terbabit malah turut merupakan keluarga besar MN. – SM

(Visited 239 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button