Ekonomi

Maxis komited perluas liputan di Sabah dan Sarawak

MAXIS Berhad komited untuk memperluaskan liputannya di Sabah dan Sarawak dengan melabur sebahagian besar perbelanjaan modal (capex) di kedua-dua negeri itu.

Ketua Pegawai Rangkaian, Abdul Karim Fakir Ali berkata syarikat itu juga bekerjasama dengan firma telekomunikasi utama lain untuk mempercepatkan pengembangan infrastruktur di Sabah dan Sarawak bagi memastikan Malaysia mencapai aspirasi nasional seperti yang dinyatakan dalam Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Tahun lepas, Maxis melabur sejumlah RM1.2 bilion untuk menyediakan pelanggannya di seluruh negara dengan perkhidmatan yang lebih berkualiti.

Baca artikel ini > Kakitangan Maxis kumpul dana membantu komuniti yang terjejas banjir

“Sabah serta Sarawak adalah sangat penting untuk Maxis dan kami ingin memastikan perkhidmatan terbaik dapat dinikmati oleh semua segmen pelanggan kami, termasuk kumpulan pendapatan rendah B40.

“Bagaimanapun, kawasan sekitar di Sabah dan Sarawak adalah lebih mencabar berbanding Semenanjung, malah kami baru saja berbincang dengan pihak berkepentingan di Sarawak mengenai bagaimana kami dapat mempercepatkan dan mengembangkan liputan di sana,” katanya semasa program bual bicara bersama satu saluran berita tempatan semalam mengenai pelaburan di negara ini melalui JENDELA

Beliau menambah Maxis serta beberapa telco di Malaysia terus bekerjasama di bawah Inisiatif JENDELA.

Baca artikel ini > Maxis, Celcom, Digi terima tawaran spektrum MCMC

Di bawah fasa pertama (2020-2022) pelan itu, penyedia telekomunikasi akan menyediakan tapak 4G baharu di kawasan luar bandar dan di tapak sedia ada.

“Setiap pembekal perkhidmatan akan mengambil daerah tertentu yang akan membolehkan perkongsian perkhidmatan. Oleh itu, kos yang lebih tinggi akibat kekurangan infrastruktur seperti jalan raya, boleh dikurangkan,” katanya, sambil menambah bahawa pada masa ini, rangkaian 3G masih terdapat di kawasan pedalaman untuk memastikan golongan yang memerlukan terus mendapat akses ke liputan. – SM

(Visited 364 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button