Politik

Pas bawa usul ke Parlimen sokong Dr. Mahathir hingga habis penggal

PAS akan mengemukakan usul kepada Dewan Rakyat untuk menyokong kepemimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga penggal Parlimen ke-14 tamat.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, usul yang berkepentingan awam itu akan dibuat pada persidangan Dewan Rakyat yang bermula bulan depan.

Menurut Tuan Ibrahim semua 19 Ahli Parlimen PAS akan menyokong usul tersebut bagi membolehkan  Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri sehingga akhir penggal Parlimen ke-14.

“Keputusan ini dibuat selepas negara digembar-gemburkan dengan rasa tidak puas hati terhadap Perdana Menteri tetapi tidak ada usul tidak percaya,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di ibu negara hari ini.

BACA JUGA: Selepas UMNO ikrar perkasa Muafakat Nasional, Pas juga tekad kukuhkan kerjasama

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata, Barisan Nasional (BN) akan dimaklumkan mengenai pendirian dan cadangan PAS mengemukakan usul berkenaan.

“Kita akan berpakat dengan BN dan percaya mereka akan bersetuju dengan usul ini,” katanya.

BACA JUGA: MKT UMNO putuskan terus perkasa Muafakat Nasional bersama Pas

Ketika ini BN dan Pas bergabung membentuk Muafakat Nasional. Parti-parti dalam gabungan itu kini dalam agenda memperkasakan Muafakat Nasional.-SM

 

(Visited 166 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button