PolitikRencana

Politik matang Peja wajar dicontohi

Komentar

KEKAL bertaut.

Itu senario perhubungan politik yang jarang berlaku dalam negara ini, lebih-lebih lagi apabila pemimpinnya digugurkan daripada jawatan tertinggi dalam kerajaan.

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, sungguh tenang menghadapi liku-liku karier politiknya dan tidak mudah melenting.

Walaupun kehilangan sokongan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, namun akur usul yang tidak memihak kepadanya diterima dengar reda.

Hal demikian pasti menjadikan undian daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Perak yang tidak ‘mengangkat tangan’ menolak beliau boleh bertukar kepada satu tabik hormat.


Transisi kepimpinan Negeri Perak adalah cukup signifikan dan sensitif berikutan tiada satu pun parti di negeri itu mempunyai majoriti mudah bagi membentuk kerajaan.

Setiap parti perlu mendapat dokongan daripada parti lain yang dipanggil sebagai sekutu supaya kerajaan dan barisan exco dapat ditubuhkan.

Dalam situasi ini, pengguguran Menteri Besar oleh ADUN mencetuskan polemik politik antara UMNO dan Pas serta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Keadaan ini membimbangkan segenap pengundi di Perak kerana mustahil DUN boleh dibubarkan ketika negara sedang berhadapan dengan krisis kesihatan.

Malah, jika dilaksanakan Perintah Darurat sekalipun, matlamat kestabilan politik tidak dapat dicapai, natijahnya rakyat juga yang terpaksa menanggung kesannya.

Justeru, daripada meratap sesuatu yang perlu dilepaskan, Ahmad Faizal biasa bahasakan diri dengan panggilan Peja, melakukan satu pengorbanan peribadi cukup besar.

Beliau korbankan perasaan atau emosi yang berhak diluahkannya diatas penat lelah dan usaha dilakukan untuk memastikan kestabilan politik Perak, walaupun partinya cuma mempunyai empat kerusi.

Berbanding merajuk membawa diri atau melompat parti, Peja dilihat memilih jalan menguatkan kembali Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN).

Malah tindakannya meredakan sendiri polemik dengan memberi kenyataan dalam Dewan Rakyat bahawa kemelut politik di Perak selesai mendapat sambutan gemuruh Ahli Parlimen kerajaan.

“Steady Peja!” bergema laungan diiringi tepukan meja kepada Ahli Parlimen Tambun yang juga ADUN Chenderiang itu menamatkan serta menutup terus segala persepsi.

Selain itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut mempamerkan semangat kepimpinan dan sokongan kepada PN apabila memilih untuk meminta maaf terhadap kemelut yang berlaku.

Walaupun semua pihak maklum mengenai alasan pengguguran Peja daripada kerusi nombor satu Kerajaan Neger Perak.

Justeru, apabila masing-masing beralah, keharmonian kembali wujud dengan meletakkan rakyat sebagai titik tengah untuk pendamaian ini.

Syabas Peja, Bersatu, UMNO dan Pas. Tahniah Perak, dapat Menteri Besar baharu iaitu, Datuk Saarani Mohamad, namun jangan dilupa pula pengorbanan Peja.

Biasanya orang lasak ada peluang untuk pergi lagi jauh. Steady Peja! – SM

(Visited 359 times, 1 visits today)

Show More

Berita

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button