Politik

Annuar Musa terus perjuangan pertahan Islam

TAN SRI Annuar Musa berkata, beliau meneruskan Muafakat Nasional (MN) dan menyertai Pas selepas dipecat daripada UMNO demi meneruskan perjuangan Islam.

Menurut beliau, perjuangan berkenaan perlu diteruskan bagi menyekat fahaman liberal sosialis daripada menguasai negara ini.

Justeru, kata beliau, apabila dipecat daripada UMNO beliau memutuskan untuk meneruskan NGO MN dan menyertai Pas sebagai landasan baharu bagi meneruskan perjuangan berkenaan.

“Negara ini harus ditadbir oleh parti-parti yang berasaskan Islam dan bumiputera, supaya negara ia menjadi benteng kepada kepada fahaman sosialis liberal yang semakin tersebar luas di seluruh dunia,” katanya ketika berucap sesi townhall MN di Kedah hari ini.

Annuar berkata, dalam menegakkan dasard-dasar Islam, hak-hak kaum lain juga tidak seharusnya diketepikan.

Tambah Annuar, beliau menolak DAP bukan kerana anti-Cina, tetapi kerana fahaman sosial liberal yang dipegang oleh parti berkenaan tidak sesuai dengan negara ini.

(Visited 142 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button