Politik

Baru beberapa jam dibuka keahlian Muafakat Nasional capai 10 ribu

Presiden Muafakat Nasional Tan Sri Annuar Musa berkata sebanyak 10,000 telah mendaftar sebagai ahli selepas beberapa jam dibuka keahlian.

Dalam hantaran ke Facebook Annuar meluahkan penghargaan kepada orang ramai yang memberi sokongan.

Sokongan itu, ujar Annuar memberi kekuatan baharu kepada beliau.

“Subhanallah..baru beberapa jam keahlian MUAFAKAT NASIONAL dibuka,sudah lebih 10,000 permohonan keahlian diterima.

“Saya amat terharu betapa ramainya diluar sana anak bangsa yang prihatin terhadap agama,bangsa,dan negara serta cintakan muafakat.

”Tiba tiba saya merasa suatu kekuatan baru untuk terus berjuang bersama mereka yang jujur dan ikhlas.

”Semoga Allah swt memudahkan segala urusan kita seterusnya,” katanya.

Annuar baru-baru ini dipecat daripada UMNO kerana dituduh berkempen bagi pihak kawan semasa pilihan raya lepas.

(Visited 391 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button