Alam SekitarBanjirNasional

2,854 mangsa banjir di 5 negeri sehingga 10.30 pagi

Seramai 2,854 mangsa banjir mencari perlindungan di 29 pusat pemindahan banjir di seluruh negara sehingga 10.30 pagi hari ini, menurut laman web infobanjir.gov.my.

Setakat ini, 29 pusat pemindahan telah dibuka di lima negeri.

Enam pusat pemindahan dibuka di Kelantan yang mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 1,486 orang.

Seramai 643 mangsa banjir dipindahkan ke 10 pusat pemindahan di Terengganu.

Laman web itu menunjukkan Pusat Latihan Darul Iman Pusat pemindahan Teluk Kalong mempunyai jumlah mangsa paling ramai di Terengganu.


Pusat pemindahan itu berada pada kapasiti 81 peratus dengan 259 orang (140 dewasa, 115 kanak-kanak dan bayi, tiga warga emas dan satu orang kurang upaya) daripada 57 keluarga.

Di Pahang, jumlah mangsa banjir meningkat daripada 561 orang pada 9 pagi kepada 561 orang pada 10.30 pagi.

Perak mempunyai 134 mangsa banjir, manakala Johor merekodkan 27 mangsa banjir di sebuah pusat pemindahan yang dibuka hari ini. – SM

 

(Visited 36 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button