fbpx
Berita

Masyarakat Harus Semak Berita Sebelum Kongsi Untuk Bendung Berita Palsu

Masyarakat seharusnya menyemak berita yang dibaca sebelum berkongsi agar gejala penyebaran berita palsu dapat dibendung.

Hal ini kerana kemajuan teknologi masa kini yang semakin canggih membolehkan maklumat disebarkan dengan mudah dan pantas.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, orang ramai diingatkan agar tidak menyebarkan berita tidak sahih dan membuat semakan terlebih dahulu.

Baru-baru ini, terdapat sebuah laporan berita palsu berkaitan kematian Tun Abdullah Ahmad Badawi dan pegawai khas beliau, Datuk Jefridin Atan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.

Hasil siasatan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador telah memanggil dua individu termasuk penulis artikel untuk memberi keterangan susulan laporan polis yang dibuat.


Berdasarkan siasatan yang dijalankan, beliau berkata kedua-individu terbabit mengaku tidak mempunyai niat jahat terhadap bekas perdana menteri tersebut.

“Siasatan juga mendapati seorang lagi individu bertindak menyebarkan berita tersebut kerana menyangkakan ianya adalah benar,” katanya.

(Visited 80 times, 2 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button