Ekonomi

Covid-19: Keuntungan Pos Malaysia susut 61 peratus

WALAUPUN galakan pembelian barangan secara dalam talian (online) ketika pandemik Koronavirus (Covid-19), namun itu tidak mampu merangsang pertumbuhan Pos Malaysia.

Hal demikian menyebabkan perkhidmatan kurier nasional itu mencatatkan kemerosotan yang ketara apabila kerugian bersihnya meningkat 61 peratus suku kedua 2020.

Kerugian dicatatkan adalah RM19.02 juta lebih tinggi berbanding suku sama yang berakhir 30 jun tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, perolehannya naik kepada RM606.1 juta daripada RM573.0 juta sebelum ini, didorong oleh permintaan yang tinggi terhadap perkhidmatan kurier dan tarif pos yang lebih tinggi.

Syarikat itu telah mengubah tahun kewangannya daripada 31 Mac kepada 31 Dis.

BACA > Kes Covid-19 Indonesia seperti tiada tanda pemulihan – Suara Merdeka

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Pos Malaysia berkata kerugian sebelum cukai susut 8.6 peratus kepada RM14.1 juta.

Syarikat itu turut mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) bulanan pertamanya pada Jun 2020, yang pertama sejak Januari 2019.

“Perolehan perniagaan kurier naik 20 peratus pada suku kedua 2020 berbanding suku tahun sama pada 2019.

“Dengan permintaan meningkat daripada e-dagang dan pasaran dalam talian.

“Perniagaan mel menyaksikan perolehan meningkat 25 peratus berikutan tarif pos baharu yang dilaksanakan pada Februari 2020.

“Walaupun jumlah mel merosot pada April berikutan pandemik Covid-19.”

Demikian kenyataan Pos Malaysia yang dipetik laporan Bernama semalam.

Namun begitu Pos Malaysia dikatakan berada pada landasan yang kukuh dalam proses pemulihannya.

BACA > Untung bersih Affin Bank susut 56.8 peratus kepada RM67.40 juta pada suku kedua – Suara Merdeka

Ia didokong oleh sasarannya untuk melaksanakan pelan transformasinya untuk mencapai keuntungan yang mampan.

Hal demikian dapat dilihat susulan peningkatan yang tinggi terhadap perkhidmatan kurier berbanding bulan-bulan sebelum ini walaupun sekatan dalam PKP dilonggarkan.

Justeru menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Syed Md Najib Syed Md Noor, Pos Malaysia mengunjurkan trend penggunaan perkhidmatan kurier akan berterusan sepanjang tahun ini.

Perkara itu disumbang faktor peningkatan penghantaran bungkusan yang mencecah purata 800,000 pada suku kedua 2020 berbanding 487,000 bungkusan sehari.

“Pelaburan kami yang berterusan dalam pendigitalan, automasi dan penyumberan awam penghantar kurier akan menjadi penting untuk mengembangkan perniagaan kami, kapasiti dan kelajuan pemprosesan, untuk memenuhi jangkaan pelanggan dalam ekonomi yang dipacu digital ini.

“Perjalanan transformasi kumpulan menunjukkan kemajuan yang kukuh dan membolehkan perniagaan menghadapi cabaran.

BACA > Prestasi Petronas terjejas ekoran impak Covid-19 – Suara Merdeka

“… dan menangani perubahan tata laku pengguna berikutan perubahan yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam landskap perniagaan disebabkan Covid-19,” ujarnya. – SM

(Visited 458 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button