Ekonomi

Rais Hussin lepaskan jawatan sebagai Pengerusi MDEC

DATUK Dr. Rais Hussin Mohamed Ariff, melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Dr. Rais dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu sudah dimaklumkan kepada Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Ogos lalu.

Malah katanya, beliau mengulangi hasrat untuk mengundur diri kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Tan Sri Annuar Musa pada awal bulan lalu.

Beliau yang dilantik sebagai Pengerusi MDEC Jun tahun lalu, berkata, perjalanannya di agensi itu ‘sangat berharga’ kerana MDEC penting dalam menerajui serta memacu ekonomi digital negara.

Katanya, selama 15 bulan mengetuai agensi itu, menyaksikan beliau berjaya ‘mencipta semula’ MDEC termasuk menyusun semula pengurusan, memperkemaskan tadbir urus dan integriti pada hala tuju baharu ke arah naratif Malaysia 5.0.

“Saya boleh katakan sekarang saya mempunyai pengalaman yang sangat berharga dalam mengembalikan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan cabaran yang ditanggungnya,” katanya.

Rais menjelaskan, pembaharuan dalam GLC mesti dilakukan dengan penuh kepercayaan dan tanpa campur tangan politik kerana entiti berkenaan dibiayai rakyat.

“Saya selalu percaya melakukan perkara yang betul berdasarkan prinsip yang betul. Sekiranya kurang ia pasti melepasi had saya,” katanya.

(Visited 201 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button