fbpx
EkonomiPolitik
Trending

‘Farm Fresh’ bukan lagi milik tempatan – Najib

KITA biasa menikmati produk tenusu daripada jenama ‘Farm Fresh’ sama ada susu segar, coklat ataupun kurma.

‘Farm Fresh’ suatu ketika sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) merupakan produk milik negara seratus peratus melalui syarikat Holstein.

[BACA] 154 peneroka hutan Ulu Rening didenda RM600 — Suara Merdeka

Pengeluaran produk berkenaan oleh Holstein merupakan satu projek permulaan (EPP) 13 bagi memenuhi sasaran Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

Pelaksanaannya susulan Khazanah Nasional menyuntik pelaburan dan menguasai 30 peratus pegangan dalam syarikat berkenaan.

Menurut bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, syarikat berkenaan banyak menerima bantuan daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) sehingga berjaya mengeluarkan jenama nombor satu negara.


“Sebelum kita melabur, Syarikat Holstein masih perniagaan yang kecil. Cuma ada 60 ekor lembu sahaja. Sebelum itu, Malaysia bergantung 95 peratus kepada import.

“Tak sampai 10 tahun, syarikat Holstein dengan jenama Farm Fresh berjaya menguasai sehingga 30 peratus daripada pasaran susu tempatan dan menjadi jenama susu nombor satu negara, katanya dalam Facebook hari ini.

Tambah beliau, dalam memenuhi sasaran NKEA, pelbagai manfaat diperoleh rakyat menerusi pelbagai inisiatif.

FARM FRESH

Katanya, melalui pelan berkenaan, ramai peladang-peladang tempatan diberi peluang untuk membekalkan sumber tenusu kepada Holstein melalui ternakan mereka.

[BACA] Antara Bangsa Johor Ir Hasni dan pengorbanan besar Bersatu — Suara Merdeka
[BACA] Pengarah filem Kamal Ishak meninggal dunia — Suara Merdeka

“Selari dengan sasaran itu, kerajaan BN dahulu mewujudkan Pusat Penyelidikan dan Inovasi Lembu Muadzam Shah (MSCRIC) di Pahang pada tahun 2012.

“Kemudiannya, kawasan itu juga dinamakan sebagai Lembah Tenusu Muadzam.

“Selain lembah Muadzam, beberapa lagi lembah tenusu juga dirancang di Lembah Muallim, Perak; Lembah Tenusu Larut-Matang-Selama,Perak; Lembah Tenusu Ulu Bernam, Selangor dan Lembah Tenusu Borneo, Sabah, Sarawak, ujarnya.

Bagaimanapun, usaha berkenaan disifatkan Najib sebagai sia-sia apabila Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang memenangi PRU-14 bertindak menjual kepentingan dalam Holstein kepada Singapura.

Menurutnya, PH ketika itu tidak mahu terus menyokong projek itu dan peluang dibuka kepada syarikat pelaburan Singapura Dymon Asia Private Equity untuk melabur dalam Holstein.

“Dengan ini, peratus kepentingan saham Khazanah dalam syarikat ini sudah turun dan syarikat ini tidak lagi 100% milik negara.

“Pada saya perkara ini tidak patut berlaku. Khazanah bukan tiada wang untuk menambah pelaburan mereka. Kenapa beri peluang kepada syarikat Singapura pula?” soalnya.

[BACA] Tiada lagi percutian murah – Penganalisis — Suara Merdeka
[BACA] Apabila Tuan Tanah sudah banyak bertolak ansur — Suara Merdeka

Namun begitu, beliau berasa lega apabila penternak tempatan tidak terjejas kerana mereka masih membekal susu segar kepada Holstein dan syarikat tenusu tempatan lain. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button