Politik

Parti tua atau senja, UMNO kena lebih kontemporari

PERNAH suatu ketika, UMNO melalui era penjenamaan iaitu membuat perubahan sebagai remaja daripada parti tua.

Penjenamaan itu dilakukan bagi menarik lebih ramai orang muda untuk menyertai parti keramat itu dan proses tersebut secara perlahan-lahan, berhenti.

Hari ini apabila Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan atau lebih popular dengan panggilan Tok Mat berkata, UMNO perlu lebih kontemporari kerana sudah senja.

Benar kata-kata Tok Mat Hassan itu berdasarkan perspektif beliau yang mana parti itu dilihat semakin senja dan menua.

Justeru perlu berusaha supaya  UMNO lebih kontemporari dan berdaya saing selain daripada terus kekal relevan.

“Sama ada kita mahu menerimanya atau tidak, di luar sana UMNO dilihat semakin senja dan menua. Kita tidak lagi dilihat secocok dengan zaman.

“Pada pandangan banyak pihak, kita terpisah jauh dari imaginasi generasi Malaysia pasca moden apatah lagi kemajuan zaman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Wacana Aspirasi UMNO “Menggalas Perjuangan, Mendepani Cabaran” di Auditorium Menara Dato Onn.

Kata Tok Mat, UMNO perlu berazam dan menjadikan parti itu lebih kontemporari bersandarkan idea terbaik.

Katanya lagi, wacana seperti hari ini menjadi pemula untuk parti itu mendengar pandangan semua pihak agar tidak menjadi parti yang “rigid”.

Akan tetapi, pandangan baik yang dilontarkan atau disarankan oleh Tok Mat Hassan ini, janganlah ada yang dihukum kerana mahu melaksanakan perubahan.

Orang muda dalam parti yang lantang bersuara, kini menjadi takut-takut… takut dibuang dari ahli parti.

Contoh sudah ada dan tidak perlu dilakarkan nama si gerangan itu.

Dalam parti itu sendiri, berubah ke arah lebih kontemporari bukan sahaja atas angin sebaliknya dilaksanakan benar-benar.

Jika ada dalam ahli yang bekerja keras, ke sana ke mari untuk memenangkan parti atau calon UMNO yang bertanding, jangan dibunuh.

Jika individu itu lantang bersuara, bercakap memperjuangkan parti, jangan sindir atau tidak senang dengan senario itu.

Dari situ, jika UMNO tersikap lebih terbuka, perjuangan parti akan menjadi kesinambungan kepada generasi muda dan generasi seterusnya.

Tua biar berisi, tua biar berakal, tua jangan takut dengan bayang-bayang sendiri. – SM

(Visited 106 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button