Politik

Najib perjelas isu penjualan ladang sawit oleh bekas MB Perak

PENAFIAN yang dibuat bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahamd Faizal Azumu, terhadap penjualan ladang sawit milik kerajaan negeri pula ditolak.

Ini kerana, Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu menegaskan penjualan ladang di Indonesia itu belum dimuktamadkan.

Malah, sebuah syarikat Singapura, Taiko Plantation Pte Ltd yang didakwa membeli ladang tersebut sebenarnya dikatakan milik Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK).

Bagaimanapun, penjualan tanah berkenaan pernah ditentang Allahyarham Datuk Khusairi Abdul Talib yang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim pada tahun lalu.

Ini kerana ladang seluas 15,000 hektar itu pernah dinliakan pada harga RM1.03 bilion, namun dilapor dijual pada harga RM500 hingga RM525 juta.

“Pada tahun 2019, Allahyarham ADUN Slim seru kerajaan Perak untuk tidak menjual ladang tersebut pada masa harga sawit rendah sebab ladang itu pernah dinilaikan sebanyak RM1.03 bilion.

“Namun Peja (Ahmad Faizal) jawab cadangan untuk menjual telah dibawa oleh Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) pada tahun 2014.

“Tetapi, akhirnya diluluskan selepas Peja menjadi MB Perak dan Pengerusi PPPNP pada tahun 2018 dan akhirnya dijual tahun 2020 ini.

“Peja juga tolak nilai ladang tersebut adalah sebanyak RM1.03 bilion semasa harga sawit tinggi seperti dinyatakan Allahyarham ADUN Slim yang pernah jadi pengerusi syarikat tersebut.”

Demikian penjelasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membalas penafian yang dibuat oleh Ahmad Faizal semalam.

Jelas Ahmad Faizal, cadangan penjualan ladang tersebut pernah diusulkan pada 2014, namun perlu membawa kepada kerajaan negeri untuk diluluskan.

Justeru beliau menjelaskan lagi penjualan tanah itu tiada kaitan dengan penurunan harga minyak sawit, tetapi tempoh pajakan berakhir semakin dekat.

Dalam pada itu, Najib Razak mendakwa terdapat dakwaan baharu menyatakan wujud penyerahan konsesi ladang milik Kerajaan Negeri Perak  kepada kroni.

“Saya amat berterima kasih kepada Peja kerana sudi mengambil masa untuk menjawab saya dan Allahyarham ADUN Slim.

“Saya juga harap Peja akan berbesar hati untuk juga menjawab surat yang sedang menular yang mendakwa PPPNP juga telah memberi konsesi ladang tanak milik kerajaan Perak seluas 746 ekar selama 30 tahun kepada Ketua Penerangan Armada PPBM Perak.

“Saya harap Peja boleh tolak tuduhan jahat ini agar reputasi kerajaan PN Perak tidak tercemar,” katanya. – SM

 

(Visited 918 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button