Politik

PRN: Percubaan terakhir tiga muka lama

Analisis pilihan raya enam negeri

1.  Negara Malaysia bakal berhadapan dengan Pilihan raya Umum di 6 Negeri pada 12 Ogos ini.

12 Ogos ini merupakan hari mengundi di 6 Negeri dan juga Pilihan raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu.

2.  Terkini, fokus diberikan kepada Senarai Calon PRN yang telah dikemukakan oleh Parti UMNO dan Pakatan Harapan, memandangan Perikatan Nasional belum lagi mengumumkan Calon-Calon mereka.

3.  UMNO telah mengumumkan akan bertanding di 107 kerusi Dewan Undangan Negeri daripada 245 kerusi yang akan dipertandingkan di 6 Negeri tersebut.

UMNO juga telah membuat keputusan menamakan 63% peratus muka-muka baru di dalam PRN ini.

Mereka ini akan bertanding untuk kali pertama.

Hanya 18% peratus sahaja penyandang yang akan mempertahankan kerusi DUN mereka.

Manakala, 19% peratus pula adalah Calon-Calon UMNO yang pernah bertanding pada PRU ke 15 tetapi tewas, di Calonkan semula di dalam PRN ini.

4.  Walaupun 63% peratus adalah muka-muka baru, tetapi Senarai Calon UMNO ini tidak mengemukan Calon-Calon Anak Muda yang ramai.

Ini sedikit sebanyak menghampakan Ahli-Ahli UMNO yang mahukan lebih ramai anak-anak muda bertanding, bagi menarik minat sokongan Undi 18 dan Undi dari Anak Muda.

Berkemungkinan UMNO mempunyai strategi yang berbeza dalam hal ini.

5.  Manakala, pencalonan semula 3 pemimpin UMNO yang kalah pada PRU ke 15 iaitu Dato’ Seri Mahdzir Khalid, DS Reezal Merican dan DS Megat Zulkarnain di Gombak, memperlihatkan ini sebagai satu risiko besar terhadap karier politik mereka.

Sekiranya tewas juga kali ini, berkemungkinan ini merupakan kali terakhir mereka menawarkan diri dari bertanding di Pilihan raya Umum pada masa akan datang.

Mahdzir Khalid merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah dan bekas Menteri Kabinet.

Reezal Merican pula merupakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang dan bekas Menteri.

Manakala Megat adalah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor yang baru dan merangkap Setiausaha Politik kepada TPM DS Zahid Hamidi.

6.  Agar menarik juga untuk melihat bahawa Parti MCA dan MIC telah menarik diri daripada bertanding pada Pilihanraya Negeri ini.

Berkemungkinan juga kerana seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia telah memanggil MCA dan MIC sebagai biawak hidup menyebabkan MCA dan MIC tawar hati untuk bertanding.

Manakala, MCA dan MIC juga sudah mendapat khabar bahawa jumlah kerusi yang akan ditawarkan kepada mereka, adalah satu jumlah yang amat sedikit.

7.  Seperkara lagi yang menarik untuk dilihat ialah Pengumuman Calon UMNO di Negeri Sembilan yang akan memperlihatkan Isteri dan Anak Tan Sri Isa Samad (bekas MB N.9) bertanding di PRN ini.

Puan Sri Bibi Sharliza, merupakan Ketua Wanita UMNO N.9 adalah isteri Tan Sri Isa Samad.

Manakala, Mohd. Najib merupakan anak kepada Tan Sri Isa, yang kini merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Port Dickson.

PRN NEGERI SEMBILAN.

8.  Strategi meletakkan dua Calon Heavyweight  di Negeri 9 iaitu, Tok Mat Hasan (Timbalan Presiden UMNO) di Rembau dan Datuk Jalaluddin (Pengerusi UMNO Negeri 9) di Jelebu, memperlihatkan mereka mahu memastikan UMNO menang di kedua-dua kerusi tersebut.

Jelas dapat dilihat Parti DAP dijangka akan menang di 11 kerusi DUN Negeri Sembilan di kawasan majoriti Cina dan kerusi campuran, maka UMNO perlu deliver 8 kerusi DUN bagi memastikan PH-UMNO dapat memerintah Negeri Sembilan sekurang-kurangnya dengan 19 kerusi DUN.

Dengan Tok Mat Hasan dan Jalaluddin bertanding di PRN Negeri Sembilan kali ini, mereka berdua dijangka akan berupaya deliver (menang) 2 kerusi ini, UMNO kelihatan perlu mencari 6 kerusi sahaja lagi.

Peluang PH-BN mempertahankan Kerajaan Negeri Sembilan adalah amat cerah pada PRN ini.

PRN NEGERI SELANGOR.

9.  Perkara yang amat berbeza dijangka akan berlaku di Negeri Selangor.

Penganalisa Politik merasakan bahawa daripada 12 kerusi DUN yang UMNO pertandingkan di Selangor, hanya 2 kerusi sahaja yang kelihatan UMNO dijangka boleh menang iaitu di DUN Dengkil, Dato Azli (Ketua UMNO Sepang) dan di DUN Jeram, Datuk Yahya (Ketua UMNO Bahagian Kuala Selangor).

Lagi 10 Calon UMNO dilihat sukar untuk menang dan akan berhadapan dengan persaingan yang amat sengit.

(Visited 313 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button