Politik

Zuraida dakwa tidak perlu pampasan kerana dipecat

TINDAKAN PKR mengemukakan tuntutan pampasan melalui perundangan kepada 20 bekas pemimpinya disifatkan sebagai tidak bersesuaian.

Ini kerana, tuntutan RM10 juta bagi setiap seorang itu dikatakan hanya terpakai untuk mereka yang lompat parti.

Sedangkan bekas Timbalan Presiden dan bekas Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin mendakwa mereka dipecat.

Begitu juga dengan 18 pemimpin lain yang menyertai kumpulan Mohamed Azmin bagi menyokong beliau dan Zuraida menyertai kerajaan dalam Perikatan Nasional (PN).

“Saya tidak kisah dengan hal itu. Buatlah kerana saya tidak akan terkesan.

BACA > Najib nasihat Shafie lupakan Sabah, fokus jadi PM — Suara Merdeka

“Pada asalnya saya dipecat.”

Demikian kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu apabila mengulas tuntutan RM10 juta yang dikemukakan PKR kepadanya.

Memetik laporan MalaysiaGazette, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan 20 bekas pemimpin partinya supaya membayar pampasan RM10 juta.

Tuntutan tersebut memberi mereka tempoh selama seminggu bagi menjelaskan pampasan dan mengelak daripada prosiding mahkamah.

Bagaimanapun, Zuraida enggan melayan tuntutan tersebut tetapi mengalu-alukan Ketua Pembangkang itu menuntut wang pampasan yang berjumlah RM200 juta keseluruhan.

Pampasan tersebut dituntut sebagai perjanjian mereka dalam PKR supaya tidak melompat parti.

BACA > Sabah bukan di Malaysia – Setiausaha kerajaan Filipina — Suara Merdeka

Namun, mereka menyatakan sebaliknya apabila pimpinan PKR pada Februari lalu memecat Mohamed Azmin, Zuraida dan beberapa pemimpin lain.

Notis tuntutan tersebut bagaimanapun sudah diserah kepada Ahli Parlimen Gombak dan Ampang.

Notis tersebut turut di hantar kepada Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullan; Bandar Tun Razak, Datuk Kamarudidn Jaffar dan Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman.

Turut menerima notis tersebut adalah Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Rashid Hasnon; Segamat, Datuk Seri Dr. Santhara Kumar dan Saratok, Ali Bijut.

Sementara Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin, Pemanis Dr. Chong Fat Full, Rembia Muhammad Jailani Khamis dan Kuala Krau, Datuk Abdul Yunus Jamahri juga menerima notis sama.

Diperingat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pula ADUN Gombak Setia, Muhammad HIlman Idham; Selangau, Baru Bian; Lunas, Azman Nasrudin dan Sidam, Dr. Robert Ling Kui Ee.

BACA > PKR tuntut RM10 juta seorang daripada 20 bekas pemimpin — Suara Merdeka

ADUN Seberang Jaya, Dr. Afif Bahardin; Lembah, Haniza Mohamed Talha; Sementa, Daroyah Alwi dan Sungai Acheh Zulkifli Ibrahim. – SM

(Visited 104 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button