Nasional

UPSI Naib Johan Malam Citra Bayu USM

UNIVERSITI Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang menyertai Malam Citra Bayu Kali Ke-15 anjuran Pertubuhan Siswa Siswi Sabah, Universiti Sains Malaysia (PERSIS USM) berjaya merangkul naib johan keseluruhan dalam pertandingan minggu lalu.

Sembilan buah universiti yang bertanding ialah Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaysia Sabah (UMS), dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Norkhalid Salimin berkata pencapaian itu sudah cukup membanggakan walauPUN tidak menjuarai pertandingan.
“Saya terharu dengan usaha yang dilakukan mahasiswa yang gigih berlatih demi mengharumkan nama UPSI,” katanya.

Kumpulan dari UPSI, Sadamodop Legacy mempertaruhkan koreografi bertajuk ‘Mansayau Gundala Yunai’, iaitu sebuah tarian etnik kreatif berunsurkan amalan perubatan tradisional masyarakat suku kaum Bisaya di Sabah.

Kumpulan Sadamodop Legacy UPSI yang mencul Naib Johan sempena Malam Citra Bayu Ke-15 di Universiti Sains Malaysia , Pulau Pinang

Koreografer Sadamodop Legacy, Albert Sigan Anak Saliman, berkata, inti pati koreografi yang dibawa kali ini adalah tentang upacara perubatan Gundala yang dilakukan selama tiga hari.

“Upacara Gundala ini adalah untuk mengubat orang sakit. Ditarikan oleh sekumpulan perempuan dan diketuai oleh perempuan juga.” tambahnya.

Setelah hampir beberapa tahun UPSI bertanding, Albert akui penyertaan kali ini agak mencabar kerana perlu bijak menguruskan masa antara projek tahun akhir dan latihan untuk penyertaan Malam Citra Bayu.

“Apapun, saya mendapat banyak maklum balas yang positif daripada orang ramai berkaitan karya ini walaupun mendapat persaingan sengit, malah dengan merangkul naib johan pun sebenarnya sudah cukup baik buat kita.” katanya.

Terdapat beberapa anugerah lain seperti Anugerah Susunan Muzik Terbaik yang dimenangi oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS); Anugerah Penari Lelaki Terbaik (Universiti Sains Malaysia); Anugerah Penari Wanita Terbaik (UMS); Anugerah Koreografi Terbaik (UMS) serta Anugerah Kostum Terbaik dimenangi Universiti Sains Malaysia.

Johan keseluruhan pula dirangkul oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan tarian etnik kreatif yang bertajuk ‘Upu Tuk’, manakala tempat ketiga disandang oleh Universiti Malaya (UM) dengan koreografi yang bertajuk ‘Kapatazan Ie Oyo’.

Malam Citra Bayu diadakan bagi memperkenalkan identiti dan nilai estetika masyarakat Sabah melalui tarian.

Baca juga :  KKM sedia bentang kawalan produk merokok

(Visited 273 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button