EkonomiSukan

Bank Rakyat anjur program Jom Kayuh dengan Harrif Saleh

Bank Rakyat buat julung-julung kalinya menganjurkan program Jom Kayuh dengan Harrif Saleh (#BRjomkayuhdenganHS) secara maya menerusi platform Zwift pada 18 Julai 2021 yang dijangka menarik penyertaan peminat berbasikal di dalam dan luar negara. Program ini dipacukan oleh Kad Kredit-i Bank Rakyat yang menawarkan pelbagai tawaran dan diskaun menarik.

Dato’ Syed Abdul Aziz Syed Hassan

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Dato’ Syed Abdul Aziz Syed Hassan berkata, program ini merupakan kesinambungan daripada pelbagai program anjuran Bank secara maya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menggalakkan penjarakan fizikal serta membataskan aktiviti berkumpulan bagi mengelak penularan wabak Covid- 19.

Namun, ia tidak menghalang Bank Rakyat untuk terus menyediakan program menarik seperti Freestyle Nuri EURO, Jom Timbang Bola Nuri dan Qari Qariah Cilik Nuri kepada masyarakat dengan sedikit kelainan selaras dengan pembudayaan norma baharu di negara ini.

“Selain untuk menjaga kesihatan, program ini dapat menjadi platform bagi peminat sukan berbasikal untuk berinteraksi dan menikmati aktiviti berbasikal di lokasi masing-masing dan pada masa yang sama mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP),” katanya.


Lebih menarik lagi, Harrif Saleh, jaguh berbasikal negara, pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) akan mengetuai sesi kayuhan ini yang mana peserta seakan-akan mengambil bahagian dalam perlumbaan jelajah terkemuka, Tour de France (TdF) 2021 yang sedang berlangsung kini.

Menurut beliau, peserta yang berminat hanya perlu mengikuti profil My Bank Rakyat di platform Zwift. Peserta juga boleh mendaftar bermula 15 hingga 17 Julai 2021 di platform Zwift dan jemputan kayuhan akan dihantar terus kepada profil masing-masing.

Bank Rakyat juga menawarkan diskaun eksklusif ke atas jenama sukan terpilih khusus buat pelanggan Kad Kredit-i dan Kad Debit-i Bank Rakyat yang menyertai program ini.

“Sempena program Jom Kayuh ini, peserta yang merupakan pemegang Kad Kredit-i dan Kad Debit-i Bank Rakyat berpeluang untuk menikmati tawaran diskaun sebanyak 10% untuk pembelian secara fizikal dan dalam talian bagi peralatan dan pakaian sukan berbasikal berjenama terpilih di kedai peralatan dan penyelenggaraan basikal, The Bike Artisans.

 “Manakala, jenama pakaian sukan, Plan A juga menawarkan diskaun sebanyak 10% bagi barangan terpilih melalui pembelian secara fizikal atau dalam talian dan 3 peserta bertuah berpeluang memenangi jersi basikal bernilai RM160 dengan transaksi pembelian minimum RM50,” jelas beliau.

Sementara itu, bagi memudahkan pelanggan memohon Kad Kredit-i, mereka boleh mengimbas kod QR yang boleh didapati di media sosial Bank. 500 pemohon terawal Kad Kredit-i yang diluluskan bakal memenangi wang tunai berjumlah RM50 yang akan dikreditkan ke akaun Kad Kredit-i masing-masing.

Tambah Dato’ Syed Abdul Aziz lagi, Kad Kredit-i menawarkan pelbagai manfaat kepada pelanggan seperti diskaun eksklusif dan rebat bagi pembelian di pelbagai jenama ternama antaranya Poplook, Batik Boutique, Emmer Zecna, Telekung De Humaira dan Polo.

“Antara ciri-ciri utama Kad Kredit-i Bank Rakyat ialah tidak mengenakan yuran tahunan, tiada kadar tambahan bagi transaksi luar negara yang melibatkan pertukaran wang asing dan perlindungan takaful secara percuma ke atas jumlah baki tertunggak.

“Selain itu, Kad Kredit-i Platinum Explorer juga mempunyai ciri unik tambahan seperti lima peratus pulangan tunai bagi pembelian tiket penerbangan dan pembayaran penginapan di hotel (pulangan tunai terhad kepada RM1,000 setahun) dan akses percuma sebanyak tiga kali setahun ke Plaza Premium Lounge (PPL) yang terdapat di lapangan terbang di dalam Malaysia,” katanya.

Justeru, pelanggan boleh mengambil peluang untuk mendapatkan kad kredit ini terlebih dahulu sementara menunggu sekatan perjalanan rentas negeri dan negara dipermudahkan kelak.

Pelbagai pilihan Kad Kredit-i Bank Rakyat lain yang boleh dipohon bagi menepati keperluan masing-masing seperti Kad Muslimah, Kad Platinum dan Kad Emas.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web rasmi Bank Rakyat di www.bankrakyat.com.my, hubungi Pusat Kad Bank Rakyat di talian 03-2693 6880 dan Pusat Panggilan di talian 1300 80 5454 atau kunjungi cawangan Bank Rakyat yang berhampiran dan ikuti media sosial rasmi Bank Rakyat. – SM

(Visited 129 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button