Politik

Pengundian DUN Tioman ditangguh

URUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE-15 (PRU KE-15) BAHAGIAN PILIHAN RAYA DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) N.42 TIOMAN, PAHANG
1. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menerima Writ Pilihan Raya yang dikembalikan oleh Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.091 Rompin pada 19 November 2022 (Sabtu), berhubung kematian calon Perikatan Nasional Allahyarham Md Yunus bin Ramli.
2. Sehubungan itu, SPR telah mengadakan Mesyuarat Khas pada hari ini, 19 November 2022 (Sabtu) dan menetapkan bahawa satu PRU Ke-15 Bahagian Pilihan Raya DUN N.42 Tioman, Pahang perlu diadakan semula. Oleh yang demikian proses pengundian di Bahagian Pilihan Raya DUN N.42 Tioman, Pahang, TIDAK AKAN DIADAKAN pada 19 November 2022 (Sabtu).
3. Bagi maksud menjalankan PRU ke-15 Bahagian Pilihan Raya DUN N.42 Tioman, Pahang, SPR telah membuat keputusan untuk menetapkan tarikh-tarikh penting seperti yang berikut:
1

Tarikh Keluar Writ Hari Penamaan Calon Hari Mengundi Awal Hari Mengundi
: 19 November 2022 (Sabtu)
: 24 November 2022 (Khamis) : 3 Disember 2022 (Sabtu)
: 7 Disember 2022 (Rabu)
4. Tempoh berkempen ditetapkan 13 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 24 November 2022 (Khamis) sehingga pukul 11.59 malam, 6 Disember 2022 (Selasa).
5. Urusan permohonan undi pos bagi PRU ke-15 Bahagian Pilihan Raya DUN N.42 Tioman, Pahang, dibuka daripada 19 November 2022 (Sabtu) dan ditutup pada 22 November 2022 (Selasa). Untuk permohonan undi pos bagi Kategori 1A (Petugas Pilihan Raya, Ahli/Pegawai SPR, Anggota Polis, Anggota Tentera, dan Petugas Media), hendaklah memohon secara manual menggunakan Borang 1A yang dimuat turun dari portal rasmi SPR di https://www.spr.gov.my, dan dihantar ke Pejabat Pegawai Pengurus P.091 Rompin.
6. Bagi permohonan undi pos kategori 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara) dan Kategori 1C Agensi / Organisasi) dilaksanakan secara dalam talian (online). Untuk pertanyaan atau penjelasan lebih lanjut boleh hubungi Unit Pengurusan Undi Pos di talian 03-8892 7040.
2

7. Bagi menjalankan proses PRU Ke-15 Bahagian Pilihan Raya DUN N.42 Tioman, Pahang, SPR telah melantik Dato’ Ahmad Nasim Bin Dato’ Haji Mohd Sidek, Pegawai Daerah Rompin dan dibantu oleh enam (6) orang Penolong Pegawai Pengurus. Manakala bagi tujuan pemantauan aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh berkempen, SPR akan menubuhkan dua (2) Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR).
8. Bagi maksud PRU Ke-15 Bahagian Pilihan Raya DUN N.42 Tioman, Pahang, Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Rompin, Pahang akan digunakan sebagai Pusat Penamaan Calon (PPC) dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi (PPRU).
9. Bagi maksud Hari Penamaan Calon PRU Ke-15 Bahagian Pilihan Raya DUN N.42 Tioman, Pahang pada 24 November 2022 (Khamis), calon-calon yang layak yang sah dinamakan sebelum ini dikehendaki hadir ke Pusat Penamaan Calon (PPC) bagi tujuan cabutan undi untuk menentukan giliran pada kertas undi.
10. Manakala, bakal-bakal calon baharu yang ingin bertanding dalam PRU Ke-15 Bahagian Pilihan Raya DUN N.42 Tioman, Pahang, hendaklah menyerahkan Kertas Penamaan Calon yang telah lengkap diisi dan disemak oleh Pejabat Pegawai Pengurus oleh calon atau penyokong atau pencadangnya semasa Hari Penamaan Calon di Pusat Penamaan Calon yang telah ditetapkan oleh SPR.
3

11. SPR akan meneruskan penyiaran secara langsung proses-proses pilihan raya menerusi live streaming bagi Pusat/Saluran Mengundi yang terpilih di laman Facebook SPR sebagaimana yang dilaksanakan pada pilihan raya sebelum ini.
12. Seramai 429 orang petugas akan dilantik bagi mengendalikan proses PRU Ke-15 Bahagian Pilihan Raya DUN N.42 Tioman, Pahang. Manakala, sebanyak 17 buah pusat mengundi biasa yang mengandungi 52 tempat mengundi/saluran dan 2 pusat mengundi awal bagi pengundian yang mengandungi 2 tempat mengundi/saluran awal akan digunakan. Keseluruhan jumlah pusat mengundi adalah sebanyak 19 buah dengan 54 tempat mengundi/saluran. PRU Ke-15 Bahagian Pilihan Raya DUN N.42 Tioman, Pahang ini dianggarkan memerlukan peruntukan sebanyak RM 3 juta.
13. Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan untuk PRU Ke-15 Bahagian Pilihan Raya DUN N.42 Tioman, Pahang adalah daftar pemilih terkini sehingga Daftar Pemilih Tambahan Bulan Ogos 2022 yang dikemaskini sehingga 9 Oktober 2022. DPPR bagi PRU Ke-15 Bahagian Pilihan Raya DUN N.42 Tioman, Pahang ini mengandungi seramai 28,465 orang pemilih yang terdiri daripada 28,200 orang pengundi biasa, 262 orang polis dan 3 orang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara. DPPR bagi PRU Ke-15 Bahagian Pilihan Raya DUN N.42 Tioman, Pahang dijadualkan akan mula dijual pada 23 November 2022 (Rabu).
14. Para pengundi boleh membuat semakan maklumat pengundian untuk mengetahui maklumat pusat mengundi, saluran mengundi
4

dan nombor bilangan mereka melalui portal semakan di pautan https://mysprsemak.spr.gov.my atau hubungi Hotline SPR di talian 03-88927018 / 03-88927218 / 03-88880040 atau melalui aplikasi MySPR Semak. Semakan boleh dibuat mulai 23 November 2022 (Rabu).
15. SPR juga menyarankan semua yang terlibat dan hadir pada hari mengundi, hari penamaan calon serta semua urusan pilihan raya untuk memakai pelitup separuh muka, mengamalkan penjarakan fizikal dan sentiasa mensanitasi tangan.
16. Bagi menggalakkan pengundi supaya keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada hari mengundi, SPR akan melaksanakan kempen `Jom Kita Undi` melalui pelbagai saluran media termasuk di media elektronik, media sosial, hebahan melalui siar raya dan pemasangan kain rentang di lokasi-lokasi strategik tumpuan awam dan tempat-tempat lain yang bersesuaian.
Sekian dan terima kasih.
TAN SRI ABDUL GHANI SALLEH
Pengerusi
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
19 November 2022 / 24 Rabiulakhir 1444H


(Visited 44 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button