Politik

Ini masa kembalikan Parlimen Gopeng pada BN – Cally Ting

IPOH 19 Nov. – Angin perubahan pada Parlimen Gopeng akan diterjemahkan oleh para pengundi hari ini untuk memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) mentadbir.

Keyakinan itu disuarakan calon BN Parlimen Gopeng, Cally Ting berasaskan pada momentum sokongan yang diberikan rakyat Gopeng yang inginkan pembaharuan.

Katanya, menerusi kempen sepanjang dua minggu lalu, masyarakat Cina misalnya semakin terbuka pada BN khususnya MCA.

“Keyakinan kita untuk mendapatkan kembali Gopeng sangat tinggi, malah dalam ceramah saya mahu penduduk Gopeng pentingkan diri sendiri kerana kita mahu ke depan.

“Gopeng telah ketinggalan sejak 15 tahun lalu sedangkan kita cuma 20 kilometer dari bandaraya Ipoh. Kita tidak boleh lagi ditadbir pihak yang gagal,” katanya.

Terdahulu, Cally antara yang terawal membuang undi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) Bandar Seri Botani pagi tadi.

Beliau bersama suami, Eric Foo tiba di pusat pengundian pada pukul 7.45 pagi sebelum berbaris dengan para pengundi lain dan keluar kira-kira setengah jam kemudian.

Katanya, selepas ini beliau akan meninjau proses pembuangan di beberapa tempat termasuk di Simpang Pulai, Rapat Setia dan Teja.

(Visited 335 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button