Politik

PKR tuntut RM10 juta seorang daripada 20 bekas pemimpin

PARTI Keadilan Rakyat telah mengarahkan peguam untuk menghantar notis tuntutan kepada 20 wakil rakyat yang merupakan bekas pemimpin parti itu.

Menurut Bendahari PKR Lee Chean Chung, notis tersebut menuntut agar wakil rakyat terbabit termasuk Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin untuk membayar RM10 juta setiap seorang.

“Ini adalah pampasan yang telah mereka setuju untuk bayar kerana keluar dari Parti dan memperuntukkan kerusi itu untuk kepentingan peribadi dan menggunakannya menentang kepentingan Parti,” kata Chean Chong.

Selain Azmin dan Zuraidah turut menerima notis itu adalah Ahli Parlimen Indera  Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamaruddin Jaffar, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman, Ahli Parlimen Batu Pahat Datuk Rashid Hasnon.

Turut menerima notis adalah Ahli Parlimen Segamat Datuk Seri Dr Santhara Kumar, Ahli Parlimen Saratok Ali Biju, Ahli Parlimen Ranau Jonathan Yasin, Ahli Parlimen Pemanis Dr. Chong Fat Full, Ahli Parlimen Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis, Ahli Parlimen Kuala Krau Datuk Abdul Yunus Jamahri.

Juga meneria tuntutan adalah ADUN Gombak Setia Muhammad Hilman Idham,  Ahli Parlimen Selangau Baru Bian, ADUN Lunas Azman Nasrudin, ADUN Sidam Dr. Robert Ling Kui Ee, ADUN Seberang Jaya Dr Afif Bahardin, ADUN Lembah Jaya Haniza Mohamed Talha, ADUN Sementa Daroyah binti Alwi dan ADUN  Zulkifli Ibrahim.

Mereka diminta untuk membuat pembayaran dalam tempoh tujuh hari.

“Sekiranya mereka gagal membayar dalam waktu dan cara yang ditentukan, Parti telah mengarahkan peguam untuk memulakan proses yang sesuai terhadap mereka untuk mendapatkan kembali pampasan yang diminta,” kata Chean Chung.

(Visited 129 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button