Nasional

Sabah bukan di Malaysia – Setiausaha kerajaan Filipina

KERAJAAN Malaysia kesal dengan kenyataan Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina, Teodoro L. Locsin Jr. mengeluarkan kenyataan menyentuh kedaulatan negara.

Ini kerana, pegawai kedutaan itu dikatakan membuat ciapan dalam akaun Twitternya dengan menyatakan Sabah bukan sebahagian dari Malaysia.

Kenyataan itu dibuat Locsin apabila membalas ciapan daripada Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Filipina berkenaan warganegaranya yang dihantar pulang dari Sabah.

“Sabah bukan di Malaysia jika kamu mahu menyatakan sesuatu terhadap Filipina,” demikian kata Locsin malam tadi.

Perkara itu dipandang serius Kementerian Luar kerana kenyataan sedemikian jelas sebagai satu cubaan untuk mencemar kedaulatan negara.

BACA > Jho Low di Macau, Nik Faisal di Hong Kong — Suara Merdeka

Susulan itu, Menterinya, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dalam ciapan balas mengarahkan Wisma Putra untuk memanggil Duta Besar Filipina, Charles C. Jose, Isnin ini.

“Ini adalah kenyataan yang tidak bertanggungjawab terhadap hubungan baik kedua-dua negara.

“@MalaysiaMFA akan memanggil Duta Besar Filipina pada Isnin ini untuk menjelaskannya.

“Sabah selamanya sebahagian dari Malaysia,” tegas Hishammuddin.

https://twitter.com/HishammuddinH2O/status/1288455932653887489

Berdasarkan sejarah hubungan luar, Malaysia dan Filipina sebelum ini pernah mengalami krisis berhubung status Sabah.

BACA > Perubahan di Sabah pengkhianatan kepada mandat rakyat — Suara Merdeka

Ini kerana, negara tinggalan penjajah Sepanyol itu mahu mengemukakan tuntutan ke atas Sabah.

Perkara itu pernah dinyatakan sendiri Presiden Filipina, Rodrigo Duterte pada 2016 sebelum menjadi presiden lagi.

Tuntutan itu bagaimanapun tidak menepati sejarah hubungan Kesultanan Brunei dengan Sulu.

Hal demikian ekoran kedaulatan politik Kesultanan Sulu terhapus selepas Perjanjian Carpenter ditandatangani pada 22 Mac 1915.

Pada September 1963, Sabah dan Sarawak secara sukarela menyertai Malaysia sebagai sebuah persekutuan baharu bersama Singapura.

BACA > Shafie masih ketua menteri yang sah — Suara Merdeka

Bagaimanapun, Singapura kemudian meninggalkan Malaysia dan menjadi sebuah negara baharu pada 1965. – SM

 

(Visited 296 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button