Politik

Pas, PN rela jadi pembangkang daripada bergabung dengan parti terpalit isu rasuah

Pas dan Perikatan Nasional (PN) tidak akan bergabung dengan mana-mana parti terpalit dengan isu rasuah selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, Sabtu ini.

Presiden Pas, Tan Sri Tuan Abdul Hadi Awang berkata, Pas dan PN lebih rela menjadi pembangkang daripada mengadakan kerjasama dengan parti-parti seperti itu untuk membentuk kerajaan.

“Kita sanggup jadi pembangkang (daripada bergabung dengan parti terlibat rasuah). PAS jadi pembangkang puluh-puluh tahun tak jadi masalah.

“Kita tak mahu kerajaan yang tak bersih. Pendirian PAS masih sama. Kita berprinsip. Kita bukan parti yang hanyut,” katanya lapor Harakah Daily pada sidang media di Tangga Batu, semalam.

(Visited 385 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button