Ekonomi

Bantuan kemasukan hospital & perlindungan pasca vaksinasi Covid-19 untuk pelanggan Prudential Malaysia

PETALING JAYA: Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) dan Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) (secara bersama dirujuk sebagai Prudential Malaysia) menyediakan bantuan COVID-19 selanjutnya kepada pelanggan mereka dengan menawarkan pembayaran balik kemasukan hospital serta perlindungan untuk sebarang kesan sampingan serius daripada pemvaksinan COVID-19.

Bantuan ini adalah sebagai tambahan kepada Perlindungan Khas Covid-19 2021 yang menyediakan bantuan tunai sebanyak RM1,000 apabila dimasukkan ke hospital dan manfaat kematian sebanyak RM10,000 untuk pelanggan Prudential Malaysia.

Gan Leong Hin

“Memandangkan negara terus berhadapan dengan bilangan kes Covid-19 yang tinggi, bagi meringankan beban yang dialami oleh sektor penjagaan kesihatan awam, kerajaan kini boleh merujuk rawatan Covid-19 ke hospital swasta. Selaras dengan perkembangan terbaharu ini dan komitmen kami untuk menyediakan ketenangan fikiran dari segi kewangan, kami telah memperkenalkan Kempen Kemasukan Hospital dan Pasca Vaksinasi Covid-19 bagi menghulurkan bantuan kepada pelanggan kami pada waktu yang sukar ini.

“Kempen ini bertujuan untuk menyediakan bantuan kepada pelanggan kami yang memiliki pelan perubatan dengan pengecualian am mengenai penyakit berjangkit yang perlu dikuarantin mengikut undang-undang serta menawarkan perlindungan percuma ini untuk pelanggan layak yang telah mendatar melalui aplikasi Pulse by Prudential kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PAMB, Gan Leong Hin.

Bagi pelanggan yang perlu dimasukkan ke mana-mana hospital swasta yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (MOH) disebabkan Covid-19, Prudential akan menawarkan pembayaran balik sehingga RM20,000 1 bagi tuntutan kemasukan hospital.

Selain itu, semua pelanggan layak mendapat bantuan tunai sebanyak RM500 bagi kemasukan hospital di Malaysia disebabkan kesan sampingan yang serius daripada imunisasi selepas menerima pemvaksinan Covid.

“Sebagai sebuah syarikat yang beroperasi dalam suasana yang belum pernah dialami sebelum ini, kami menyedari betapa pentingnya untuk terus bertindak segera bagi memenuhi keperluan pelanggan kami.

“Ketika kerajaan melaksanakan program pemvaksinan bagi melindungi rakyat dan pemastautinnya, kami juga ingin memberikan ketenangan fikiran dari segi kewangan dengan menawarkan elaun kepada mereka yang perlu dimasukkan ke hospital akibat kesan sampingan pemvaksinan Covid-19.

Kami amat menggalakkan pelanggan kami supaya menghubungi Perancang Kewangan atau Ejen Takaful Prudential mereka untuk lebih memahami perlindungan Covid-19 dan apa yang
mereka boleh tuntut,” ulas Wan Saifulrizal Wan Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN.

Pendaftaran pemvaksinan Covid-19 kepada orang awam telah bermula, di mana MOH telah melaporkan hampir tiga juta individu sudah mendaftar melalui aplikasi MySejahtera.

Pemvaksinan Covid-19 adalah percuma untuk semua rakyat Malaysia serta warga asing yang menetap di dalam negara.

Bagaimana untuk mendaftar

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari laman web PAMB dan/atau laman web PruBSN, atau menghubungi Perancang Kewangan/Ejen Takaful Prudential atau wakil khidmat pelanggan Prudential di:  Prudential Assurance Malaysia Berhad  03-2771 0228 | [email protected]

Prudential BSN Takaful Berhad 03-2775 7188 | [email protected]

(Visited 670 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button