Ekonomi

Raja Perlis terima sembah mengadap Ketua Pegawai Eksekutif KTM Berhad

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menerima sembah mengadap hormat oleh Ketua Pegawai Eksekutif KTM Berhad, Rani Hisham Samsudin di Galeri DiRaja Arau tengahari tadi.

Berangkat sama ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Rani yang diiringi oleh Ketua Pegawai Korporat KTMB, Mohamed Suhaimi Yaacob mempersembahkan maklumat mengenai pegoperasian dan juga perancangan KTMB khususnya yang melibatkan aktivitinya di negeri Perlis.

Beliau juga turut menerangkan peranan dan penglibatan pihak KTMB bagi turut sama merealisasikan objektif dan juga sasaran projek Pelabuhan Darat Perlis (PIP) yang dirancang selain memberi kerjasama padu dengan para pemegang taruh yang lain di peringkat Pusat dan juga negeri.


(Visited 262 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button