fbpx
Luar Negara

Kes Covid-19 Indonesia seperti tiada tanda pemulihan

INDONESIA terus mencatat peningkatan jangkitan Koronavirus (Covid-19) empat angka sekali gus menjadikan keseluruhan kes adalah sebanyak 157,859 orang.

Terkini, jumlah jangkitan baharu bagi kes tersebut adalah seramai 2,447 orang, 76,667 pesakit masih berada dalam pemantauan pegawai kesihatan di sana.

Berdasarkan maklumat dari laman www.covid19.go.id, bagi tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari semalam, sebanyak 99 lagi kematian direkodkan.

Menjadikan jumlah kematian keseluruhan kini meningkat kepada 6,858 orang.

Dalam tempoh sama, di Jakarta sahaja sebanyak 637 kes baharu dicatatkan dengan rekod kematian terkini adalah 16 orang.


Provinsi itu menjadi kawasan jangkitan positif tertinggi keseluruhan negara tersebut iaitu34,740 kes, diikuti Jawa Timur (30,998) dan selebihnya di 32 provinsi yang lain.

Provinsi Jawa Timur pula mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 2,222 orang.

Diikuti Jakarta (1,129), Jawa Tengah (874), Sulawesi Selatan (350) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button