Luar Negara

COVID-19: WHO bimbang peningkatan kes di benua Afrika

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) bimbang dengan jumlah peningkatan kes COVID-19 di benua Afrika yang mengingkat daripada 100,000 kes kepada 200,000 kes.

Berdasarkan rekod, benua itu mencatat 100,000 kes dalam tempoh 98 hari bagaimanapun kes positif meningkat ke 200,000 dalam tempoh 18 hari.

Pengarah Serantau WHO Untuk Afrika, Dr. Matshidiso Moeti berkata, biarpun kes berkenaan hanya mewakili satu pertiga daripada kes global, ia tetap memberi petunjuk jelas bahawa pandemik itu menular dengan pantas.

Afrika mencatat 5,600 kematian sehingga kini dan sebahagian besar kes COVID-19 dikesan menerusi kemasukan pelancong dari Eropah.

Sejumlah 10 daripada 54 negara di benua Afrika mencatatkan peningkatan kes.

Sementara Afrika Selatan mewakili 25 peratus daripada keseluruhan kes di benua berkenaan. – SUMBER ASTRO AWANI-SM

(Visited 187 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button