Nasional

Jangan biar kemelut politik berlarutan

PEMIMPIN parti-parti sama ada di blok kerajaan apatah lagi pembangkang tidak seharusnya membenarkan kemelut politik berlarutan.

Menurut Yang di-Pertuan Agong, As Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustaffa Billah Shah, pelantikan Perdana Menteri perlu dibuat segera selepas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan.

BACA > Pelantikan Muhyiddin tak sah, apa jenis kerajaan ini – Mahathir — Suara Merdeka

Titah baginda, baginda bertanggungjawab melantik Perdana Menteri baharu bagi memenuhi keperluan Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara 43, memberi kuasa budi bicara kepada beta untuk melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat beta mendapat kepercayaan majoriti.

“Beta mendapati Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapt kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat dan dengan demikian selayaknya dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian dalam ucapan Titah Diraja sempena pembukaan penggal baharu (ke-3) sidang Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat hari ini.

Jelas As Sultan Abdullah, pemilihan Ahli Parlimen Pagoh dibuat selepas menilai sokongan semua Ahli Dewan Rakyat.

Penilaian sokongan itu dibuat baginda selepas mengadakan pertemuan dengan semua Ahli Parlimen pada 25 dan 26 Februari lalu.

BACA > Orang Kedah sudah biasa tukar MB dan kerajaan — Suara Merdeka
BACA > Badi Najib Razak, sumpah anak beranak — Suara Merdeka

Sebelum itu baginda memaklumkan turut meminta ketua parti politik untuk mengemukakan calon masing-masing untuk dipilih sebagai Perdana Menteri.

Malah baginda turut berkenan melanjutkan tempoh masa bagi mereka untuk membuat perhitungan secara demokrasi.

Dalam pada itu, As Sultan Abdullah turut menjelaskan sudah menggalas amanah dengan telus dan adil selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Sesungguhnya beta telah menggalaskan amanah dengan telus dan adil selaras dengan konsep Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.

“Beta juga menghargai kematangan dan kerjasama semua ahli Yang Berhormat dan rakyat jelata yang telah memainkan peranan dengan penuh berhemah dan bertika,” jelas baginda.

Terdahulu beberapa pemimpin parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) mendakwa pembentukan kerajaan oleh Perikatan Nasional sebagai satu pengkhianatan kepada rakyat.

Malah, Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad turut mempersoal pembentukannya dan enggan mengiktiraf sebagai sebuah kerajaan yang mentadbir selepas kejatuhan PH.

BACA >  Basmi Kemiskinan Melalui Model EL — Suara Merdeka
BACA > Titah Diraja Pembukaan Penggal Ke-3 Parlimen Ke-14 — Suara Merdeka

Malah, Speaker Dewan Rakyat turut menerima usul tidak percaya daripada Ahli Parlimen Langkawi itu terhadap Muhyiddin sebagai Perdana Menteri. – SM

(Visited 139 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button