Luar Negara

Beri minyak masak satu liter sebagai mas kahwin

SEORANG pengantin lelaki warga Indonesia memberikan sebotol mintak masak satu liter kepada bakal pengantin perempuannya sebagai mas kahwin kerana ia dianggap berharga dan jarang berlaku.

Pasangan itu, Supadi, 60, dan Sumariati, 54, dari Daerah Sooko Ponorogo di Jawa Timur mengikat tali pertunangan pada tarikh cantik abad ini iaitu 22 Februari lalu.

Detik Jatim melaporkan idea Supadi untuk menghadiahkan mas kahwin satu liter minyak masak itu adalah mudah kerana minyak masak mahal dan dikatakan ‘rare’.

Pegawai Hal Ehwal Agama Daerah Sooko Jawa Timur, Meki Hasan Tachtarudin memberitahu Detik Jatim bahawa memandangkan minyak masak mahal, ia menambah nilai kepada keluarga mereka.

“Walaupun satu liter tidak seberapa, ia tetap bernilai untuk keluarga.

“Ia adalah satu keperluan di mana semua orang memerlukannya untuk memasak,” katanya.

Tambahnya, selain minyak masak, mas kahwin Supadi juga terdiri daripada wang tunai IDR1 juta iaitu sebanyak RM291.63.

The Straits Times melaporkan bahawa kekurangan minyak masak berasaskan minyak sawit bermula pada November tahun lalu telah melanda Indonesia walaupun negara itu dikenali sebagai pengeluar minyak sawit terbesar di dunia. – SM

 

(Visited 357 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button