Nasional

Haziq negatif Covid-19, meninggal dunia kerana komplikasi jantung

Pakar Perunding Kanan Perubatan Forensik Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Azahari Noor berkata, kematian mengejut Allahyarham Haziq Kamaruddin, atlet pemanah negara yang dibawa ke Hospital Kajang semalam telah disiasat di bawah Sudden Death Report (SDR) oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, di mana arahan bedah siasat telah dikeluarkan untuk menentukan sebab kematian.

“Proses bedah siasat selesai dilakukan setelah calitan ujian COVID-19 yang diambil menunjukkan keputusan negatif bagi virus tersebut. Hasil bedah siasat menunjukkan kepada kematian akibat komplikasi salur darah jantung tersumbat akibat daripada perubahan arterosklerosis (coronary artery atherosclerosis),” katanya dalam kenyataan media.

Walaubagaimanapun, ujar beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk menunggu beberapa keputusan analisa makmal. Namun sehingga kini tiada bukti menunjukkan bahawa kematian ini adalah berkaitan langsung dengan vaksinasi COVID-19.

BACA:  Jangan spekulasi kematian pemanah kebangsaan dengan vaksin

(Visited 333 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button