Ekonomi

Datum Jelatek, permata baharu warga kota alami gaya hidup santai dan tenang

SEBUAH ‘permata’ baharu dalam arena pembangunan integrasi Malaysia, pusat beli-belah Datum Jelatek Shopping Centre yang mula dibuka sepenuhnya kepada orang ramai bermula pada 26 November 2022 lalu. Semenjak itu, Datum Jelatek semakin dikenali sebagai pusat beli-belah yang santai sepanjang masa.

Projek pembanguan integrasi Datum Jelatek ini dibangunkan oleh DatumCorp International Sdn. Bhd. Iaitu anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Inisiatif ini telah memberikan kemudahan kepada penduduk di sekitar Jelatek, Keramat, Setiawangsa, Ampang dan Kawasan berhampiran untuk menikmati serta mencari kepelbagaian urusan harian makanan serta tempat yang begitu mudah untuk dikunjungi kerana mempunyai kemudahan ketersambungan dengan jaringan pengankutan awam sistem transit aliran ringan (LRT) RapidKL.

Pada masa ini, penyewaan ruang niaga di masih belum penuh dan dijangka mencapai 95 peratus menjelang suku keempat 2023. Pihak pengurusan DatumCorp amat mengalu-alukan lebih ramai lagi rakan niaga untuk bersama mereka.

Antara jenama terkemuka yang berada di Datum Jelatek Shopping Centre termasuklah The Food Merchant, Healthlane Pharmacy, Guardian, Burger King, A&W, KFC, Four Fingers, Kenny Rogers, Krispy Kreme, Hot & Roll, Llao Llao, Nice to CU, Nur Shop, Mee Hiris, Ayam Panyet, United Optemetry, Original Classis, PISB, Bounce Kids World dan dimeriahkan lagi dengan pelancaran cawangan Grand SenQ baru-baru ini.

Bagi golongan peminat kopi, keistimewaan Datum Jelatek Shopping Centre adalah ianya mempunyai pelbagai rangkaian kopi seperti Starbuks, Richiamo Coffee, Jamaica Coffee, Locca Café, Mesra Coffee, Tealive, Gigi Coffee dan juga Zus Coffee untuk anda nikmati. Kafe-kafe ini sesuai dijadikan tempat pertemuan untuk membincangkan hal perniagaan mahupun santai Bersama keluarga tercinta.

Projek sulung DatumCorp ini telah dimulakan pada 2014 dan siap sepenuhnya pada 2021 dengan pelbagai cabaran dihadapi termasuklah pendemik Covid-19 sehinggakan projek ini terpaksa dihentikan seketika selain isu-isu sampingan.

Datum Jelatek mempunyai ruang binaan berkeluasan 500,000 kaki persegi ini mampu melonjakkan penjualan hartanah termasuk unit kediaman yang terletak di atas Datum Jelatek Shopping Centre sekali gus merancakan kitaran ekonomi serta meningkatkan lagi peluan pekerjaan baharu Kawasan setempat.

Unit kediaman Datum Jelatek Residence merangkumi 712unit pangsapuri mewah dengan lebih daripada 50 kepelbagaian fasiliti dan dikelilingi dengan kemudahan infrastruktur awam antaranya seperti ketersambungan dengan sistem (LRT) RapidKL dan Klinik Kesihatan serta berhampiran dengan ibu kota menjadikan ianya hartanah yang harus dimiliki buat masa ini.

Untuk keterangan lanjut berkenaan Datum Jelatek Shopping Centre anda boleh hubungi talian 03-4217 6059 atau emel ke [email protected], manakala untuk mereka yang berhajat memiliki unit kediaman Datum Jelatek Residence bolehlah hubungi talian 011-1700 0640 atau emel ke [email protected]. – SM 

Artikel berkaitan > SenQ buka cawagan ke-3 di Datum Jelatek Mall, Kuala Lumpur!

(Visited 210 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button