Ekonomi

Ong sama-sama dengan pizza khas Tahun Baharu Cina Pizza Hut

PIZZA Hut telah memperkenalkan dua pizza sempena perayaan Tahun Baru Cina – The Ooooooooong Party Box dan Ooooooooog Treasure Box yang menampilkan pizza Cheesy Poppers – kedua-duanya menarik untuk  Dijadikan buah tangan dan sesuai dinikmati bersama keluarga dan orang-orang tersayang apabila berkumpul
beramai-ramai.

“Pada perayaan Tahun Baharu Cina 2023 ini, kami ingin mencadangkan satu kelainan yang menyeronokkan kepada tradisi pemberian buah tangan, dimana selain dari kebiasaan membawa buah oren mandarin sebagai hadiah, apa kata ianya digantikan dengan Ooooooooong Party Box yang lazat?

“Bayangkan keseronokan setiap ahli keluarga apabila anda membawa pizza ini sewaktu makan besar Tahun Baru Cina,” kata Emily Chong, Ketua Pegawai Pemasaran, Pizza Hut Malaysia.

“Oooooooong Party Box merupakan olahan bertema Tahun Baru Cina dari pizza The Loooooooooong Party Box yang telah dilancarkan tahun lepas. Keunikan pizza ini terletak pada ukurannya sepanjang 1 meter dan sesuai untuk dikongsi bersama 10 orang atau lebih, menjadikannya sesuai untuk majlis atau keraian, terutama sewaktu makan malam besar sebelum perayaan Tahun Baru Cina” tambahnya.

Sebagai sebahagian daripada strategi promosinya, Pizza Hut akan membuka sebuah trak pizza pada 19-20 Januari bertempat di Lot 10, Bukit Bintang pada jam11 pagi hingga 8 malam.

Anggaran sebanyak 3000 keping pizza akan diagihkan secara percuma untuk dicuba oleh orang ramai, disamping beberapa permainan dengan hadiah yang menarik untuk dimenangi!

The Oooooooong Party Box boleh didapati secara makan di restoran atau bawa pulang; berharga RM99.00 ala carte, manakala Ooooooooog Treasure Box (Cheesy Poppers Pizza) berharga RM 41.90 ala carte dan juga boleh didapati dalam pelbagai kombo nilai yang berbaloi. Pizza ini juga tersedia dengan promosi menarik dimana mulai sekarang hingga 23 Januari 2023, anda boleh membeli Ooooooooog Treasure Box (Cheesy Poppers Pizza)
dengan harga RM22, berserta isian semula minuman secara percuma apabila anda makan di restoran.

Pesan sekarang melalui Aplikasi Pizza Hut atau kunjungi restoran Pizza Hut yang berdekatan untuk menjamu selera atau bawa pulang. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pizzahut.com.my.

(Visited 250 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button