Ekonomi

MR D.I.Y. dan HATI sumbang ‘Wang Nilai CNY’ ke 14 rumah kebajikan di seluruh negara

Memandangkan Tahun Baru Cina [CNY] akan diraikan tidak lama lagi, peruncit perkakas rumah kegemaran Malaysia ingin memastikan komuniti-komuniti yang memerlukan turut berpeluang meraikannya.

Kumpulan MR D.I.Y {M} Berhad [MR D.I.Y.] telah bekerjasama dengan Persatuan Kebajikan Menyentuh Hati Kuala Lumpur, Selangor, Malaysia [HATI], sebuah organisasi yang telah membina direktori terbuka NGO dan organisasi sosial yang terbesar di Malaysia, untuk melaksanakan program CSR ‘Wang Nilai CNY’ dengan mengagihkan angpow dan pelbagai barangan lain kepada komuniti-komuniti yang memerlukan untuk meraikan perayaan
tersebut.

Kedua-dua organisasi tersebut telah menggerakkan para sukarelawan untuk mengunjungi Persatuan Kebajikan Rumah Victory Malaysia di Kuala Lumpur, sebuah rumah kebajikan untuk kanak-kanak, remaja dan warga emas di Selangor untuk meraikan Tahun Baru Cina.

Program tersebut juga dimeriahkan dengan para sukarelawan yang mengadakan pelbagai aktiviti permainan, membantu para penghuni memasang hiasan Tahun Baru Cina dan sesi ‘Lou Sang’.

Rumah kebajikan tersebut turut menerima baucar tunai MR D.I.Y. bernilai RM1,000 untuk membantu mereka membeli barangan keperluan harian.

Mengulas tentang inisiatif perayaan tersebut, Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, “Tahun Baru Cina adalah waktu di mana kita meluangkan masa bersama keluarga dan meraikan pelbagai tradisi Cina. Namun, tidak semua orang bernasib baik dan dapat meraikan tradisi tersebut bersama keluarga, dan kami ingin memastikan golongan ini juga dapat merayakan Tahun Baru Cina yang bermakna. Inisiatif ‘Wang Nilai CNY’
dengan HATI membolehkan kami berkongsi kemeriahan perayaan ini kepada mereka yang mungkin bersendiri atau sedang mengalami cabaran. Kami amat gembira melihat kemeriahan yang telah terhasil dari program ini.”

Goh menambah bahawa sokongan orang ramai terhadap HATI dan MR D.I.Y. juga telah membantu menyebarkan kegembiraan Tahun Baru Cina ke 12 buah rumah kebajikan lain di seluruh negara.

“Hasil usaha gigih HATI dan pasukan MR D.I.Y. Cares, kami berjaya mencipta kelainan untuk para penghuni rumah-rumah kebajikan ini. Kami berharap agar dengan berbuat demikian, kami dapat menghasilkan impak yang positif dan menggalakkan syarikat-syarikat korporat lain untuk turut melaksanakannya. Bersama-sama, kita pasti akan dapat menghasilkan perbezaan sebenar.” – SM

 

(Visited 209 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button