Ekonomi

Samsudin Osman sebagai pemangku pengerusi sementara Sime Darby

SIME Darby Bhd melantik Pengarah Bukan Eksekutif Tan Sri Samsudin Osman sebagai pemangku pengerusi sementara berkuat kuasa esok, 10 Jun, berikutan peletakan jawatan Pengerusinya, Datuk Abdul Rahman Ahmad.

Peletakan jawatan Abdul Rahman itu adalah susulan pelantikannya di CIMB Group Holdings Bhd dan CIMB Bank Bhd sebagai ketua pegawai eksekutif dan pengarah eksekutif, kata Sime Darby dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby Bhd, Datuk Jeffri Salim Davidson berkata, Lembaga Pengarah dan pasukan pengurusan ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Abdul Rahman atas kepimpinan dan bimbingan beliau selama tempoh perkhidmatannya dengan kumpulan itu.

“Kami berharap yang terbaik untuk beliau pada masa depan,” katanya, sambil menambah kumpulan itu juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Samsudin kerana bersetuju untuk memegang jawatan pemangku pengerusi sementara sehingga pelantikan pengerusi baharu.

Samsudin, 73, telah berkhidmat dengan kumpulan itu sebagai Ahli Lembaga Pengarah sejak 19 Disember 2008.

Beliau adalah Pengerusi Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dari Februari 2007 hingga Mac 2020, dan sebelum itu merupakan ketua setiausaha negara. – BERNAMA

(Visited 195 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button